Tuesday, June 6, 2017

Soalan: Pencerahan Masalah

Nama*:Suami Ragus
Tajuk*:Pencerahan Masalah
Message*:assalamualaikum,

Saya mempunyai kemushkilan tentang status perkahwinan saya. Pada Desember 2015, saya ada perselisihan faham dengan isteri kerana isteri. Beliau sering meminta pulang kerumah orang tua beliau. Pada suatu masa, dalam perbualan kami ketika beliau meminta pulang kerumah org tua beliau, ada terlintas di hati saya menyeru agar saya berkata tegas keatas isteri saya seperti "kalo balik kali ini jangan balik-balik lagi" namun saya menahan kata2 itu dari terkeluar dari mulut. Sehingga lah pada satu tahap dimana saya sangat kecewa dengan isteri saya dan saya berkata "mcm ni lah, kalo balik ni kira balik sudah lah... ke mcm mana ? isteri saya menggeleng kepala / ckp x nk, saya beranya lagi "habis tu awk asyik mintak balik knapa x nk plak" dan dia bertanya kembali kepada saya adakah saya bermaksud menC***** kan beliau dan saya menjawab tidak. Semasa perbualan lanjut (selepas kata2 tersebut ), ada terfikir di hati saya apakah boleh hidup tanpa dia, apakah bagai mana dengan anak, bolehkah hidup seorang diri? namun dengan hati menjawab ye. setelah selesai perbualan, ada terlintas di hati saya perkataan C***** dan saya menjawab "hmmmm" ( tidak pasti dengan mulut atau sekadar di hati). Kerana bimbang akan terjadinye "Penc****". Semasa isteri menaiki kereta dari rumah orang tua beliau, saya ada cakap pada belua " Jom ikut abg balik, Abang masih perlukan awk" Dengan niat di hati Merujuk kembali.

Sejujurnye ustaz, Seingat saya pada ketika saya melafaz perkataan tersebut hati saya kosong dan tiada langsung sehingga lafaz berakhir, Namun ada kala hati berkata saya berniat jelasketika itu hanya kerana lintasa di hati beberapa ketika sebelum saya mengucapkan kata2 tersebut. Sekarang saya ragu, was-was, dan semua ada. Saya mula meragui akan lafaz saya ketika itu dan apakah niat saya ketika melafazkan? Apakah terdapat lafaz selepas itu?. apakah saya meng YA kan lintasa terakhir dengan mulut atau sekadar di hati dan adakah terjadinya Tlk. Perasaan ragu dan was-was ini berlaku kembali sejak tiga bulan lepas. kadang kala saya tidak dapat tidur malam, Ada masa saya ayik memikirkan perkara ini dan bertanyakan pada isteri tentang apa yg telah saya katakan. ada kala saya tidak mampu melakukan kerja saya dengan tenang dan menjadi murung. Dan pernah cuba menjauhkan diri dari isteri saya kerana takut melakukan Zinar.

Persoalan saya
apakah terjadi nye Penc****?

apakah yg saya harus lakukan, bolehkah saya berpegang pada ikatan perkahwinan asal?

Jika terjadi Penc**** apakah rujuk saya itu sah? dan apakah jika sebalik nya.

Mohon penderahan dari ustaz kerana saya benar-benar ragu dan was-was.
File Upload:
Salam

Hindari keraguan dan was-was. Ia menyusahkan hidup anda.

Pada perkiraan saya, talak tidak terjatuh dalam kes ini.

tk

Visitor IP: 211.25.211.2

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA