Soalan: talak
Nama*: | Ainz |
Tajuk*: | talak |
Message*: | assalamualaikum...sy telah bergaduh dengan suami dan ugut untuk keluar rumah dengan anak2..suami dalam keadaan marah berkata"kalu awak keluar dari rumah ni,jatuh cerai"(tanpa kebenaran)..hari yang sama sy telah kluar rumah bersama suami dan anak2..adakah telah jatuh talak?
adakah lafaz talak taklik boleh ditarik balik? |
File Upload: | |
Salam
KEna tanya apa maksud taklik yang suami cakap.. adakah jatuh talak itu dengan maksud keluar tanpa kebenaran, dan pastikan juga tempoh masa yang suami ucapkan, adakah pada hari itu sahaja atau pada hari beriutnya juga?
Pastikan daripada suami.
Tk
Visitor IP: 203.62.1.64
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.