Soalan: Mahu Kepastian
Nama*: | Khairul |
Tajuk*: | Mahu Kepastian |
Message*: | Assalamualaikum wbt Ustaz....
Saya ada bercerita pada auntie saya yang isteri saya nak masuk single room bila bersalin nanti dan suami (saya) boleh temankan isteri dalam bilik single room...kemudian auntie saya berkata baguslah,..dia pun nak menantu dia duduk dalam single room bila nak bersalin nanti....secara tiba - tiba saya berkata pada auntie saya "Haa Auntie,,,Ini pun single"sambil tunjuk ke arah isteri saya....Isteri saya terpinga - pinga lalu saya berkata "Single,,,Single kan?Isteri saya bertanya pada saya "Apa dia" Saya berkata pada Isteri saya " Single Room....cakap nak masuk single room bila bersalin nanti." Baru Isteri saya faham maksud saya....
Soalan saya Ustaz......jatuh atau tidak pada situasi tersebut? |
File Upload: | |
Salam
Tidaklah terjadinya talak.. PErkataan itu tidak memberi maksud cerai..
tk
Visitor IP: 60.52.64.27
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.