Friday, June 30, 2017

Soalan: talak

Nama*:Ainz
Tajuk*:talak
Message*:assalamualaikum...sy telah bergaduh dengan suami dan ugut untuk keluar rumah dengan anak2..suami dalam keadaan marah berkata"kalu awak keluar dari rumah ni,jatuh cerai"(tanpa kebenaran)..hari yang sama sy telah kluar rumah bersama suami dan anak2..adakah telah jatuh talak?
adakah lafaz talak taklik boleh ditarik balik?
File Upload:
Salam

KEna tanya apa maksud taklik yang suami cakap.. adakah jatuh talak itu dengan maksud keluar tanpa kebenaran, dan pastikan juga tempoh masa yang suami ucapkan, adakah pada hari itu sahaja atau pada hari beriutnya juga?

Pastikan daripada suami.

Tk

Visitor IP: 203.62.1.64

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, June 27, 2017

Soalan: soalan cerai

Nama*:mar
Tajuk*:soalan cerai
Message*:assalamualaikum saya nak tanya suami saya ada lafaz pada saya pergi lah aku dah tak larat nak tangung kamu lagi

macam mana tu jatuh talak tak
File Upload:
Salam

Ia tidak dikira talak jika suami tidak berNIAT untuk cerai ketika lafaz itu disebut.

tk

Visitor IP: 175.144.126.215

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, June 13, 2017

Soalan: keliru


Nama*:fakrul
Tajuk*:keliru
Message*:salam ustad,

Saya sering diganggu perasaan was2 yang sangat teruk..saya sering diganggu perasaan ingin melafazkan talak...satu hari ketika sedang berseorangan...datang kehendak ingin melafazkan talak...saya tutup mulut rapat2 dan hanya mengeluarkan bunyi dari tekak "hmmm hmmm hmm''sambil niat talak terlintas di hati...bunyi dari tekak tersebut mengikuti apa yang terlintas dihati...setahu saya lafaz "cerai" atau "talak" haruslah jelas disebut...mohon pendapat ustad
File Upload:
Salam

Rawatilah penyakit anda.
Lafaz yang tidak jelas tidak menjatuhkan talak...

Masalah di sini saudara yang berpenyakit.. itu perlu segera ditangani.

tk

Visitor IP: 175.145.172.251

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, June 12, 2017

Soalan: talak jatuh atau tidak


Nama*:nurul
Tajuk*:talak jatuh atau tidak
Message*:semasa bergaduh berkaitan hari raya suami berkata, "masa raya kita duduk asing jela" adakah jatuh talak ?
File Upload:
Salam

Tidak lah terjadinya talak.. Talak perlukan lafaz yang jelas..

tk

Visitor IP: 211.24.167.126

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Mahu Kepastian


Nama*:Khairul
Tajuk*:Mahu Kepastian
Message*:Assalamualaikum wbt Ustaz....

Saya ada bercerita pada auntie saya yang isteri saya nak masuk single room bila bersalin nanti dan suami (saya) boleh temankan isteri dalam bilik single room...kemudian auntie saya berkata baguslah,..dia pun nak menantu dia duduk dalam single room bila nak bersalin nanti....secara tiba - tiba saya berkata pada auntie saya "Haa Auntie,,,Ini pun single"sambil tunjuk ke arah isteri saya....Isteri saya terpinga - pinga lalu saya berkata "Single,,,Single kan?Isteri saya bertanya pada saya "Apa dia" Saya berkata pada Isteri saya " Single Room....cakap nak masuk single room bila bersalin nanti." Baru Isteri saya faham maksud saya....


Soalan saya Ustaz......jatuh atau tidak pada situasi tersebut?
File Upload:
Salam

Tidaklah terjadinya talak.. PErkataan itu tidak memberi maksud cerai..
tk

Visitor IP: 60.52.64.27

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: status perkahwinan

Nama*:shasiti7587@gmail.com
Tajuk*:status perkahwinan
Message*:Assalamualaikum,ustaz..

Saya ada satu soalan..semalam saya telah bermimpi suami sy menceraikan sy dgn talak 1..adakah jatuh talak pd sy ustaz..terima kasih..
File Upload:
Salam

Hai mimpilah tu.. bukan realiti. Tak adalah terjadinya talak. tk

Visitor IP: 118.101.36.112

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, June 11, 2017

Soalan: Talak


Nama*:Dila
Tajuk*:Talak
Message*:Assalamualaikum ustaz..
Sy bergaduh dgn suami, dia ada hantar mesej suara 'sekarang ni kau buat hal kau, aku buat hal aku..kalau kau nak mintak cerai kau bagitahu aku'
Adakah ini termasuk dlm lafaz kinayah?
Minta pendapat ustaz dgn segera 😭
File Upload:
Salam

Ia tidak dikira sebagai lafaz kinayah, tetapi ia ugutan untuk cerai. Namun ia tidaklah terjadinya talak lagi..
tk

Visitor IP: 175.141.83.230

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Puasa


Nama*:Junaidi
Tajuk*:Puasa
Message*:Masalah sy ustaz setiap kali berpuasa sy akan mengalami masalah was was sama ada puasa sy sah ke tidak..boleh kata tiap2 hari akan ade gangguan terasa mknn dlm mulut akibat kering mulut..sy berkerjaya profesional tiap2 hari mengadap patient..kadang2 tengah2 berckp dgn patient sy selalu terasa benda asing atas lidah secara tiba2..tak tau lah nk kata mknn tp dah dekat nk petang..bila terasa ade benda sy akan main dgn lidah utk yakinkan yg bkn mkanan..lalu sy telan..tp selalu datang fikiran supaya ganti puasa tu..pusa dah batal..padahal takde bukti mknn atau benda asing dlm mulut..cume seperti terasa je atas lidah..apakah hukum dia ustaz?? Patut ke sy ganti semua puasa sy?? Boleh kata tiap2 hari terasa mcm ni..dicari takde..sebelum azan subuh sy pastikan berus gigi sampai takde langsong mknn..tolong sy ustaz..stress puasa mcm ni
File Upload:
Salam

Jika dalam mulut tidak ada sisa makanan, kenapa perlu timbulkan keraguan adanya sisa makanan? Pastikan kebersihan mulut pada setiap pagi dan hindari was-was..

tk

Visitor IP: 1.32.60.149

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, June 10, 2017

Soalan: jatuh talak tidak


Nama*:intan
Tajuk*:jatuh talak tidak
Message*:suami mengatakan 'tak payah balik rumah lg'

beberapa kali suami telah lafaz kan sebegitu,
File Upload:
Salam

Jika suami berniat untuk talak, maka ia dikira talak. Jika ia tidak berniat talak, ia masih selamat...

Pastikan daripada suami NIATnya ketika itu..

tk

Visitor IP: 183.171.87.237

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Najis kucing


Nama*:Diana
Tajuk*:Najis kucing
Message*:Assalamualaikum ustaz..
Didepan pintu pagar rumah saya ada tahi kucing...kemudian masa tu hujan..
Saya sidai baju di ampai dan ampai baju saya letak dekat depan pintu masuk maksudnya dekat garaj kereta...
Jauh ampai baju dgn najis kucing kira² 4 meter jauh

Adakah baju saya boleh dikira terkena najis kucing tersebut apabila hujan turun lalu menimpa najis kucing dan mungkin terpercik kena baju saya di ampai?

Saya ragu2.
Mohon penjelasan ustaz..
Saat bila pakaian kita dikatakan terkena najis...perlu ada bau,warna dan rasa serta ai'n najis, baru perlu disucikan?
File Upload:
Salam

Jika ada kesan najis kucing pada pakaian, baharulah dikira ia terkena najis. JIka tidak dipastikan ada kesan atau tidak.. ia dianggap bersih.

tk


Visitor IP: 113.210.118.8

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, June 9, 2017

Soalan: Kemusykilan


Nama*:Insan keliru
Tajuk*:Kemusykilan
Message*:Salam ustaz

Selepas bergaduh dgn isteri..saya masuk kedalam bilik...saya sangat sedih lalu berkata "aku" kemudian lafaz didalam hati perkataan "cerai" kemudian berkata "kau" ...disini saya hanya melafazkan "aku" Dan "kau"... Perkataan cerai dilafazkan dalam hati...apakah hukumnya disini...mohon pencerahan
File Upload:
Salam

Tidak terjadinya talak lagi.. tk

Visitor IP: 113.210.77.76

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Adakah talak


Nama*:Halim
Tajuk*:Adakah talak
Message*:Assalamualaikum

Saya menyebut "aku nak.." Kemudian terlintas di dalam hati perkataan "cerai" ...saya terkejut lalu cepat2 sebut gerai....boleh beri pendapat Ustad x...saya berasa was2 skrg
File Upload:
Salam.

Cerai hanay terjadi dengan lafaz yang jelas. Jika tiada lafaz yang jelas, tidaklah dikira talak.. tk


Visitor IP: 113.210.77.76

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Tak dengar


Nama*:Haidar
Tajuk*:Tak dengar
Message*:Ustad adakah jika lafaz cerai gerak mulut sahaja tidak didengari telinga sendiri apakah jatuh talak
File Upload:
Salam

Tidak terjadinya talak..

tk

Visitor IP: 113.210.77.76

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Lintasan hati dan niat hukum talak

Nama*:Insan
Tajuk*:Lintasan hati dan niat hukum talak
Message*:Assalamualaikum ustaz,

Saya ingin bertanya perbezaan lintasan hati dan niat bagi berkenaan talak

Terima kasih
File Upload:
LInatasan sahaja tidak dikira talak.. Talak perlukan lafaz yang jelas dan terang. tk

Visitor IP: 123.136.112.234

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: zihar

Nama*:othman
Tajuk*:zihar
Message*:salam ustaz...

adakah jika berkata pada isteri..."awak bukan macam emak...emak kalau cakap baik2 je"....apakah percakapan ini jatuh zihar?
File Upload:
Salam

Ia tidak dikira sebagai zihar..

Kenapa nak samakan isteri dengan emak, emak kan orang lain, isteri orang yang lain.. dua individu berbeza tentunya membawa watak yang berbeza...

tk


Visitor IP: 118.100.63.30

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, June 8, 2017

Soalan: taklik

Nama*:suami kesal
Tajuk*:taklik
Message*:apakah jika menampar isteri jatuhnya talak kerana di dalam taklik ada menyebut tidak boleh menyakiti anggota badan isteri...jadi adakah setiap kali sesiapa sahaja pasangan yang bergaduh dan ada contact fizikal terjadinya taklik yang dilafazkan? mohon pencerahan ustad...atau adakah jika isteri mengadu pada kadi barulah jatuhnya talak...
File Upload:
Salam

PErlukan isteri mengadu dahulu ke mahkamah baharulah dikira melanggari taklik dan boleh jatuh talak satu..

tk

Visitor IP: 60.49.71.51

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: persoalan taklik

Nama*:fathul
Tajuk*:persoalan taklik
Message*:salam ustad...isteri saya suka keluar rumah ketika kami bergaduh...satu hari kami bertengkar isteri bergerak ke pintu...saya cakap pada dia " kalau awak keluar" dengan niat supaya dia tidak meneruskan hasrat untuk keluar...adakah itu taklik walaupun saya tidak mengungkapkan perkataan ce*ai dan tidak berniat untuk ce*ai..hanya memberi amaran pada isteri
File Upload:
Salam

Ia tidak dikira sebagai lafaz taklik. Taklik hendakah jelas disebut dan difahami oleh isteri.

tk

Visitor IP: 60.49.71.51

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: keliru

Nama*:hadi
Tajuk*:keliru
Message*:Assalamualaikum ustad

Saya ada kekeliruan..ceritanya begini...satu malam saya bergaduh dengan isteri dan saya telah melafazkan satu ungkapan yang saya tidak pasti talak kinayah atau tidak..keesokkan paginya saya pergi ke surau untuk solat subuh...sepanjang solat fikiran saya diganggu dengan peristiwa semalam...semasa sedang iktidal sebelum sujud...saya berkata dalam hati pada Allah..."Ya Allah...jika aku sujud ni dada aku sakit..jadilah ("jadilah" disini yg saya maksudkan adalah betullah saya telah melafazkan talak secara kinayah kerana saya tidak dapat membuat keputusan )..semasa sujud saya tidak rasa apa2...selepas selesai solat...saya terfikir..apakah saya telah melafazkan ungkapan taklik ( saya memang jenis cepat was2...maafkan saya ustaz ) ..kerana ungkapan yang dilafazkan seperti memberi taklik...tapi saya teringat ...taklik jika dilafazkan didalam hati tidak dikira...tetapi ketika sedang ingin sujud mulut saya kumat kamit...saya tidak pasti adakah saya kumat kamit bacaan sujud atau ungkapan "taklik" tadi...saya jadi makin bimbang...semasa berjalan kaki pulang...saya cuba membezakan adakah lafaz tadi dari kata hati atau pergerakkan lidah...jadi saya cuba mengulangi kata tersebut..cuma kali ini saya tidak berani menggunakan perkataan sakit dada ( mana tau Allah makbulkan x pasal2 )...jadi semasa jalan saya ternampak rumah beratap warna merah...jadi saya berkata "kalau merah jadi" kemudian saya nampak pokok dan saya berkata "kalau hijau jadi"...tiba2 terlintas di hati "ceraikan isteri" secara tiba2 tetapi tidak dilafazkan..ini disebabkan penyakit was2 saya yang sangat teruk...jadi soalanya disini...adakah lafaz "kalau merah jadi" dan "kalau hijau jadi" diikuti lintasan hati tadi dikira taklik...risau saya ustad..
File Upload:
Salam

Suadara ini berpenyakit was-was. Itulah puncanya.

KEsnya tidaklah seberat mana.. tetapi oleh kerana was-was ia tealh merosakkan dan mengganggu solat anda, merosakkan fokus pada kerjaya, selalu bimbang dan tidak yakin dengan diri sendiri.

Oelh itu, ubatilah dan hindarilah was-was. Ia bahaya sebenarnya... BElajarlah ilmu fiqh dan berpegang kepada ilmu dengan penuh yakin dan pasti... Ilmu itu cahaya untuk hidup..

Pada saya, ia tidak terjadinya talak kerana talak hanya akan terjadi dengan lafaz yang jelas dan terang.

tk

Visitor IP: 175.141.202.5

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Taklik

Nama*:Zalika
Tajuk*:Taklik
Message*:Salam

Jika suami berkata" kalau awak kluar Dari rumah ni malam ni awak berdosa"...adakah jatuh talak..atau taklik
File Upload:
Salam

Ia bukan lafaz taklik untuk talak.

Isteri keluar rumah tanpa keizinan suami tentunya berdosa..

tk

Visitor IP: 113.210.48.101

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: perlukah ulang mandi wajib

Nama*:hanis
Tajuk*:perlukah ulang mandi wajib
Message*:15 minit lepas mandi wajib.saya baru teringat saya lupa basuh telinga.perlukah mandi semula atau memadai basuh telinga saja.
bukankah Allah maafkan jika terlupa.sahkah mandi hadas saya.

mohon bimbingan ustaz
File Upload:
Salam

Perlu basuh telinga sahaja.. tak perlu ulangi mandi..

Kalau dah mandi wajib, tentunya basah seluruh badan, kenapa telinga tidak basah pual? Memadai dengan meratakan air ke seluruh tubuh dengan niat mandi wajib, ia sudah sah.

tk

Visitor IP: 183.171.182.6

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Rujuk

Nama*:Nur
Tajuk*:Rujuk
Message*:Salam ustaz

Adakah sah rujuk sekiranya suami barcakap depan bekas isteri yang dalam iddah dengan ucapan "nama suami rujuk dengan nama isteri"? Tapi isteri kurang jelas dengan perkataan suami..adakah lafaz rujuk suami kena betul-betul jelas?

Suami rujuk kembali sebab rasa ragu dengan status sebab suami sms cerai dengan perkataan yang jelas tp dia cakap tiada niat masa tulis tu.. sebab kami bergaduh dalam sms.. tertulis macam tu.
File Upload:
Salam

Sah rujuknya. .tk

Visitor IP: 210.195.185.118

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: puasa

Nama*:khatijah
Tajuk*:puasa
Message*:salam ustaz sy sendawa ketika puasa lalu terasa macam muntah di kerongkong rasa masam tp sekadar di kerongkong tak masuk mulut..lalu sy telan balik..sendawa kali kedua sy paksa dengan sengaja sbb trase angin di tekak tak lepas sendawa tapi masih keluar rasa masin lalu sy telan je..sah tak puasa sy?? sekadar di tekak kerongkok bkn di mulut..
File Upload:
Salam

Jika masa sendawa itu ada terkeluar makanan atau rasa makanan seperti masin atau manis, kenalah dibuang benda makanan itu. Tetapi jika ia tidak melepasi kerongkong keluarnya, ia boleh ditelan kembali tanpa membatalkan puasa.

tk

Visitor IP: 115.133.224.135

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, June 7, 2017

Soalan: Ragui status

Nama*:Hamba Allah
Tajuk*:Ragui status
Message*:salam.

Saya ingin bertanya tentang permasalahan saya. Saya pernah mengeluarkan kata-kata kinayah yg berbentuk soalan ke kepada isteri saya suatu ketika dahulu yg mana kini saya tidak mampu mengingati dengan jelas apa yg saya katakan namun saya ragui sama ada berniat atau tidak ( Semasa melafaz ), walau bagai manapun saya telah mengeluarkan kata2 rujuk kembali isteri saya kerana meyakini terjadinya perkara yg x di ingin kerana saya tidak memahami dengan jelas konsep lafaz kinayah pada ketika itu.. Setelah membaca dan mempelajari perkara sebenar Saya menjadi semakin was-was, ragu-ragu, Seingat saya pada ketika itu terdapat lintasan sebelum dan selepas saya mengeluarkan kata2 tersebut, namun saya tidak dapat membezakan yg mana niat dan yg mana lintasan hati dan ia berlaku samada semasa saya melafaz atau tidak. Saya sering di belenggu akan perkara ini menyebabkan saya benci kehidupan saya sendiri dan sering termenung walau ketika saya memandu.

apa yg saya mampu lakukan kini hanya bertaubat dan memohon keampunan dari Allah. Sejujur nye itulah yg saya mampu.

Mohon nasihat dari ustaz, saya ragui tentang perkahwinan sya kini.
File Upload:
Salam

JIka suami yang melafazkan itu sendiri masih ragu-ragu, maka tiadalah terjadinya talak. Talak berlaku dengan lafaz yang jelas dan terang. Terbukti dan didengar...

BElajarlah hindari was-was.. banyakkan taubat dan zikir, tilawah quran.. dll

tk

Visitor IP: 211.25.211.2

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Adakah talak

Nama*:Insan keliru
Tajuk*:Adakah talak
Message*:Apakah jatuhnya talak jika saya memandang wajah isteri Dan berkata dalam hati "aku c***kan kau"... Tetapi tidak membuka mulut Dan tiada suara
File Upload:
Salam

Tidak ada lafaz, tidaklah jatuhnya talak..

Boleh tak kalau nak nikah, main bisikan hati sahaja maka akan jadilah nikah?

tk

Visitor IP: 113.210.48.101

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Pertanyaan

Nama*:Mustafa
Tajuk*:Pertanyaan
Message*:Assalamualaikum...

Ustad...jika isteri berkata " lepaskan saya" ...kemudian suami berkata balik..." Awak btul2 nak ke''...kemudian isteri berkata.."ya"..tetapi suami tidak membalas apa2 selepas itu ...apakah status disini ...mohon pendapat...
File Upload:
salam

Tidak terjadi talak..

tk

Visitor IP: 113.210.48.101

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Rujuk

Nama*:Adiputra
Tajuk*:Rujuk
Message*:Assalamualaikum

Adakah berkata seorang diri "aku nak kau balik (nama isteri) " dikira sebagai rujuk...ada pendapat ustaz
File Upload:
Salam

Jika suami mengatakan seperti itu dalam tempoh edahnya, maka ia adalah rujuk yang sah.

tk

Visitor IP: 113.210.48.101

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Was-was

Nama*:Siti
Tajuk*:Was-was
Message*:Kesinambungan dari ini :

1- Assalamualaikum ustaz.
Saya ragu dengan status hubungan. Saya dan suami ada bergaduh dalam sms. Suami pun sms "nama suami sah bercerai dengan nama isteri". Selepas itu saya datang jumpa suami dan bertanya niatnya dan suami cakap dia tiada niat cakap macam itu. Suami hanya nak gertak supaya saya berubah. Dan banyak kali saya tanya die cakap tiada niat. Suami cakap saya masih isteri die yang sah. Suami nak hilangkan rasa was-was saya dia cakap "nama suami rujuk kembali dgn nama isteri".

Macam mana ustaz? Minta penjelasan..
Perlu ke saya pergi pejabat agama?
Suami cakap tidak perlu.. jangan keruhkan keadaan..
Saya runsing sebab saya tak mahu ini berlaku. Saya sayang hubungan ini..suami pun sama.. macam ustaz?

2- Saya pergi pejabat agama, pegawai sana cakap hampir jelas. Perlu tanya suami apa niat dia. Jika tiada niat tiada apa tapi seeloknya buat pengesahan dengan hakim.
Macam mana tu ustaz? Adakah benar jatuh? Atau hampir jatuh boleh diselamatkan lagi ke?
File Upload:
Salam

SMS diandaikan seperti ini; Halim sah bercerai dengan Midah;. SMS itu pun dihantar kepada isteri dan isteri pun baca.. Maka pada saya, jatuhlah talak satu.

Ini kerana tulisan  yang jelas seperti itu tidaklah perlu ditanyai ada NIAT atau tidak lagi, kerana ia jelas dan terang akan maksudnya untuk cerai.

Apabila jatuh talak satu, jika dalam edah, boleh kembali rujuk...

Boleh dibawa kes ini ke pejabat agama untuk pengesahan. tk

Visitor IP: 183.171.69.196

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Mandi wajib : Tumit kaki pecah dan ada kotoran

Nama*:Yana
Tajuk*:Mandi wajib : Tumit kaki pecah dan ada kotoran
Message*:Assalamualaikum ustaz...
Sah atau tidak mandi wajib seseorang jika tumit kakinya pecah dan ada kotoran?
Saya pernah lihat seorang lelaki di masjid,berjubah berserban yg sedang solat...tapi tumit kakinya pecah dan ada kesan hitam mcm kotoran...
Boleh ke, sah ke mandi wajib / wuduknya..

Lagi satu, kalau contoh tapak kaki kita luka dan ada kesan kotor, sah ke mandi wajib kita / wuduk kita...

Dah cuci bersihkan, tapi tak hilang
File Upload:
Salam

Sah mandi wajib lelaki berkenaan. Kotoran hitam yang melekat tetapi tidak boleh dihilangkan lagi adalah dimaafkan.

Mandi wajib adalah sah selagi air merata ke seluruh badan. Jika tak hilang kesan kotoran itu, ia dimaafkan.

tk

Visitor IP: 113.210.116.55

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: sebut taknak tp tersalah sebut

Nama*:amin
Tajuk*:sebut taknak tp tersalah sebut
Message*:situasi mcm nie sy was2, sy nk sebut TAKLAH tp sy dgr mcm sy sebut TALAK or sy tersilap sebut TALAK bukan TAKLAH, apa hukum ya ustaz? sebab bila ckp taklah tu sy tkot kdg2 tersebut talak sbp ckp nada suara rendah mmg bunyi dye hampir2 sama or tersalah ckp, tp kalau ckp kuat TAKLAH mmg yakin dgr jelas perkataan TAKLAH
File Upload:

Salam.

Hukum berdadarkan apa yang diniatkan.

Jika tersalah sebut, tanpa niat talak, tidaklah terjadinya talak..

tk


Visitor IP: 60.51.103.91

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: jatuh talak x?

Nama*:yaya
Tajuk*:jatuh talak x?
Message*:si suami mengadu pada kakaknya yang die menyesal kahwin sbb die baru bergadoh dengan isterinya..

adakah jatuh talak itu?
File Upload:
Salam
Ia tidak jatuh talak.. Mengadu je, bukan lafaz cerai pun..
tk

Visitor IP: 110.159.142.92

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, June 6, 2017

Soalan: puasa

Nama*:ismail
Tajuk*:puasa
Message*:salam ustaz sy nk tny pasal puasa

1. bibir sy kering jd sy jilat bibir keseluruhan atas bawah utk lembab kn pastu sy telan air liur tp rs sedikit masin akibat jilat bibir kering..adakah batal puasa?? sy memang pasti tiada benda lain selain air liur je cume rs masin skit..

2. ketika puasa semasa nak telan air liur, tibe2 trase ade bende atas lidah jd
sy stop telan secara tiba2 utk meludah.. on the way nak meludah kat sinki tu sy telan je air liur sy belakang tekak yg tahan utk telan tu..sy ludah yg depan lidah..sy terase was2 adakah air liur belakang ngan depan bercampur semasa telan..padahal yang ludah pun tiada langsung kesan makanan ke apa2..cume air liur..sah tak puasa?
File Upload:
Salam

1. Tidaklah membatalkan puasa, kecuali ada kesan kari kat bibir dan jilat lalu telan.. memanglah batal.

2. Ludah dan buangkan kesan makanan yang berbaki di dalam mulut. JIka sengaja telan juga, batallah puasa.

tk

Visitor IP: 60.54.18.19

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Dosa Terhapus

Nama*:Pn Reza
Tajuk*:Dosa Terhapus
Message*:Salam Ustaz,

soalan saya:

seseorang yang telah membuat jahat (dosa) dan meninggal dunia.
adakah dosa dosa boleh terhapus dengan segala amal sedekah jariah yang dilakukan semasa dia tu hidup.

tolong huraikan Ustaz. Saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

sekian.

Wasalam
File Upload:
Salam

Hanya ALlah yang selayaknya menghapuskan dosa hamba... Kita tidak tahu adakah cukup atau memadai dengan sedekah jariah yang kita buat sedikit atau banyak itu akan mampu menutupi dosa yang kita lakukan.

Perlulah banyak bertaubat sebelum ajal datang menjemput.

tk

Visitor IP: 175.139.183.234

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Was

Nama*:Siti
Tajuk*:Was
Message*:Saya pergi pejabat agama, pegawai sana cakap hampir jelas. Perlu tanya suami apa niat dia. Jika tiada niat tiada apa tapi seeloknya buat pengesahan dengan hakim.
Macam mana tu ustaz? Adakah benar jatuh? Atau hampir jatuh boleh diselamatkan lagi ke?
File Upload:

Salam

Saya tidak dapat ikuti kes ini.. kesinambungan dari mana ya?

tk

Visitor IP: 175.142.249.208

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: was was

Nama*:muslim
Tajuk*:was was
Message*:salam,

bagaimana kita nak tentukan jika kita was was dengan niat ketika lafaz kinayah...saya sangat tidak pasti samada berniat talak atau niat marah sahaja ketika melafazkan kinayah...ada pendapat mengatakan ragu2 dalam talak menyebabkan tidak jatuhnya talak keatas isteri tersebut...mohon pendapat ustaz yang lebih arif..
File Upload:
Salam

Jika kita sendiri tidak pasti akan sebut atau tidak, tidak pasti berniat talak atau tidak, maka tidaklah dikira talak itu terjadi.

Talak ialah suatu yang jelas dan pasti.

tk

Visitor IP: 210.195.122.28

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lupa

Nama*:zamani
Tajuk*:lupa
Message*:assalamualaikum ustaz,

Bagaimana jika kita tidak pasti bahawa dulu2 ketika bergaduh atau berperang mulut ada pernah melafazkan talak secara kinayah...saya sangat pasti tidak pernah melafazkan secara sarih kerana perkara sebegitu sangat jelas perkataannya...namun dalam situasi kinayah...mungkin tidak perasan...bagaimanakah hendak menghukum perkara ini..kerana sudah lama dan sudah pasti tidak dapat diingati secara jelas...namun perasaan was2 sering menggangu jiwa
File Upload:
Salam

Jika tidak pasti, maka berpeganglah kepada ASAL perkara, iaitu ia tidak pernah terjadi.. Maksudnya tidak ada terjadinya talak.

tk

Visitor IP: 210.195.122.28

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: rujuk

Nama*:hamba
Tajuk*:rujuk
Message*:adakah sah suami rujuk tanpa persetujuan isteri...seperti contoh suami berkata..."i want u back" kemudian bersetubuh dengan isteri..tanpa kata balas dari isteri...saya ada buat kajian bahawa imam syafie hanya menggalakkan persetujuan isteri..tetapi jabatan agama islam malaysia mewajibkan lafaz persetujuan dari isteri...mohon pencerahan
File Upload:
Salam

Pada dasarnya rujuk berkenaan adalah sah walaupun tanpa persetujuan isteri.

tk

Visitor IP: 210.195.122.28

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Was-was status

Nama*:Siti
Tajuk*:Was-was status
Message*:Assalamualaikum ustaz.
Saya ragu dengan status hubungan. Saya dan suami ada bergaduh dalam sms. Suami pun sms "nama suami sah bercerai dengan nama isteri". Selepas itu saya datang jumpa suami dan bertanya niatnya dan suami cakap dia tiada niat cakap macam itu. Suami hanya nak gertak supaya saya berubah. Dan banyak kali saya tanya die cakap tiada niat. Suami cakap saya masih isteri die yang sah. Suami nak hilangkan rasa was-was saya dia cakap "nama suami rujuk kembali dgn nama isteri".

Macam mana ustaz? Minta penjelasan..
Perlu ke saya pergi pejabat agama?
Suami cakap tidak perlu.. jangan keruhkan keadaan..
Saya runsing sebab saya tak mahu ini berlaku. Saya sayang hubungan ini..suami pun sama.. macam ustaz?
File Upload:
Salam

 SMS nya seperti berikut; 'Halim sah bercerai dengan Halimah' dan SMS itu dihantar kepada isteri. Isteri pun membaca SMS berkenaan. Maka talak itu adalah sah dan terjadi.

Suami mendakwa ia dibuat tanpa niat.. Tanpa niat di sini sudah tidak boleh diterima lagi kerana perkataan itu adalah jelas dan terang. Maka terjadilah talak satu.

Tindakan suami merujuk semula itu adalah betul. Tetapi perlu diingat, talak telah terjatuh dengan talak satu.

tk

Visitor IP: 175.142.249.208

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Pencerahan Masalah

Nama*:Suami Ragus
Tajuk*:Pencerahan Masalah
Message*:assalamualaikum,

Saya mempunyai kemushkilan tentang status perkahwinan saya. Pada Desember 2015, saya ada perselisihan faham dengan isteri kerana isteri. Beliau sering meminta pulang kerumah orang tua beliau. Pada suatu masa, dalam perbualan kami ketika beliau meminta pulang kerumah org tua beliau, ada terlintas di hati saya menyeru agar saya berkata tegas keatas isteri saya seperti "kalo balik kali ini jangan balik-balik lagi" namun saya menahan kata2 itu dari terkeluar dari mulut. Sehingga lah pada satu tahap dimana saya sangat kecewa dengan isteri saya dan saya berkata "mcm ni lah, kalo balik ni kira balik sudah lah... ke mcm mana ? isteri saya menggeleng kepala / ckp x nk, saya beranya lagi "habis tu awk asyik mintak balik knapa x nk plak" dan dia bertanya kembali kepada saya adakah saya bermaksud menC***** kan beliau dan saya menjawab tidak. Semasa perbualan lanjut (selepas kata2 tersebut ), ada terfikir di hati saya apakah boleh hidup tanpa dia, apakah bagai mana dengan anak, bolehkah hidup seorang diri? namun dengan hati menjawab ye. setelah selesai perbualan, ada terlintas di hati saya perkataan C***** dan saya menjawab "hmmmm" ( tidak pasti dengan mulut atau sekadar di hati). Kerana bimbang akan terjadinye "Penc****". Semasa isteri menaiki kereta dari rumah orang tua beliau, saya ada cakap pada belua " Jom ikut abg balik, Abang masih perlukan awk" Dengan niat di hati Merujuk kembali.

Sejujurnye ustaz, Seingat saya pada ketika saya melafaz perkataan tersebut hati saya kosong dan tiada langsung sehingga lafaz berakhir, Namun ada kala hati berkata saya berniat jelasketika itu hanya kerana lintasa di hati beberapa ketika sebelum saya mengucapkan kata2 tersebut. Sekarang saya ragu, was-was, dan semua ada. Saya mula meragui akan lafaz saya ketika itu dan apakah niat saya ketika melafazkan? Apakah terdapat lafaz selepas itu?. apakah saya meng YA kan lintasa terakhir dengan mulut atau sekadar di hati dan adakah terjadinya Tlk. Perasaan ragu dan was-was ini berlaku kembali sejak tiga bulan lepas. kadang kala saya tidak dapat tidur malam, Ada masa saya ayik memikirkan perkara ini dan bertanyakan pada isteri tentang apa yg telah saya katakan. ada kala saya tidak mampu melakukan kerja saya dengan tenang dan menjadi murung. Dan pernah cuba menjauhkan diri dari isteri saya kerana takut melakukan Zinar.

Persoalan saya
apakah terjadi nye Penc****?

apakah yg saya harus lakukan, bolehkah saya berpegang pada ikatan perkahwinan asal?

Jika terjadi Penc**** apakah rujuk saya itu sah? dan apakah jika sebalik nya.

Mohon penderahan dari ustaz kerana saya benar-benar ragu dan was-was.
File Upload:
Salam

Hindari keraguan dan was-was. Ia menyusahkan hidup anda.

Pada perkiraan saya, talak tidak terjatuh dalam kes ini.

tk

Visitor IP: 211.25.211.2

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Lafaz

Nama*:Yazid
Tajuk*:Lafaz
Message*:Assalamualaikum

Saya marah dengan isteri lalu berkata " pergi ckp dgn mak kita XDA apa2 dah" kemudian isteri berkata " betul ni bang?"...saya balas "betul lah"... Kalau niat saya cuma kerana marah Tanpa niat menceraikan...adakah jatuh talak walaupun saya mengiyakan permintaan isteri tersebut..semasa saya membalas kata2 isteri tidak terlintas niat cerai

Mohon penjelasan ustad
File Upload:
Salam

JIka tanpa niat untuk cerai, maka tidaklah terjadinya talak atau cerai pada kes ini.

tk


Visitor IP: 113.210.198.68

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: idah

Nama*:rara
Tajuk*:idah
Message*:salam ustad,

bagaimana cara ruju isteri yang belum pernah disetubuhi...saya tidak faham bahawa isteri yg diceraikan sebelum disetubuhi tidak ada tempoh idah...mohon penjelasan ustad
File Upload:
Salam

Isteri yang diceraikan sebelum disetubuhi tidak ada edahnya. Maksudnya, jika nak kahwin semula, kenalah bertemu dan mendapat kebenaran wali, saksi dan akad nikah baru..

tk

Visitor IP: 210.195.122.28

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, June 5, 2017

Soalan: Mandi wajib

Nama*:Rina
Tajuk*:Mandi wajib
Message*:Assalamualaikum ustaz...
Soalan :

1. Saya baru habis haid dan Mandi wajib. Bolehkah saya niat mandi wajib kerana haid seperti ni :"sahaja​ aku mengangkat hadas besar fardhu atasku kerana Allah taala".

2. Semasa mandi wajib, jari saya terluka dan berdarah. Darah itu mengalir semasa sedang mandi wajib..
Sah ke mandi wajib saya?
Selepas selesai mandi wajib pun darah luka masih ada mengalir sedikit.
Perlukah saya ulang semula mandi wajib?
File Upload:
Salam

Niatnya sah.

Mandinya sah juga.. hanya tempat terluka itu perlulah dibalut kemudiannya..

tk

Visitor IP: 113.210.116.55

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Taklik dalam hati

Nama*:Mie
Tajuk*:Taklik dalam hati
Message*:Salam ustaz,

Nak mohon pencerahan adakah taklik dikira jika hanya taklik dalam hati tanpa lafaz. Contoh sy mendapat panggilan telefon, tiba2 sy tertaklik dalam hati " kalau aku angkat telefon ni maka aku ceraikan isteri aku". Sy tak bermaksud dan tak lafazkan taklik tersebut. Jika sy angkat panggilan tersebut, adakah jatuh talak?

Terima kasih.
File Upload:
Salam

Taklik dalam hati tidak dikira. Ia perlu dilafazkan sebagaimana lafaz terima NIKAH yang disebut dengan terang dan jelas.

Visitor IP: 42.153.42.228

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: wasap suami

Nama*:areana
Tajuk*:wasap suami
Message*:saya selalu bergaduh dengan suami. saya tinggal di rumah mertua. saya selalu di halau suami. saya akan balik ke rumah mak ayah saya. tapi akhirnya saya akan pulang balik ke rumah mertua atas nasihat keluarga.
kali ini suami halau saya lagi. dia wasap saya 'amik kain baju kau dan berambus. adakah ini dikira lafas cerai
File Upload:
Salam

Lafaz seperti ini hendaklah dirujuk kepada suami, apa maksud sebenar.. Jika maksud berambus sahaja, ia tidak menjatuhkan talak. Tapi jika berambus itu bermaksud CERAI, maka terjadilah talak. SIla pastikan daripada suami.

tk

Visitor IP: 175.142.255.36

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz rujuk

Nama*:hamba allah
Tajuk*:lafaz rujuk
Message*:assalamualaikum,

saya nak bertanya...apakah hukum melafazkan rujuk pada isteri walaupun tidak terbukti talak...hanya kerana ingin menghiangkan rasa was2..mohon penjelasan...adakah jatuhnya talak apabila melafazkan rujuk walaupun pada hakikatnya tiada talak yang berlaku tetapi diragui statusnya oleh suami isteri?
File Upload:
Salam

Rujuk tanpa talak adalah sia-sia sahaja. Ia tidak memberi apa makna. seperti anda berniat mandi hadas besar, sedangkan tidak ada hadas besar pun.. ia sia-sia sahaja.

tk

Visitor IP: 210.195.120.22

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Antara Niat dan Nazar

Nama*:Anaz
Tajuk*:Antara Niat dan Nazar
Message*:Assalamualaikum Ustaz.....


Saya baru mendapat anak lelaki pada pertengahan Mei 2017.Rakan saya sambil berseloroh berkata "Bagi makan kambing 2 ekor"....Lalu saya menjawab "In shaa Allah....niat itu ada".Saya memang ada niat untuk melakukan aqiqah untuk anak lelaki saya tapi saya tak kata berapa jumlah kambing untuk diaqiqahkan....Ini kerana masalah kewangan yang saya hadapi lebih - lebih lagi banyak bil2 dan pinjaman yang perlu saya jelaskan...dan saya tak pasti bila saya akan dapat melakukan aqiqah....saya hanya berkata "In shaa Allah"....Bila saya fikirkan ia menjadi tekanan pada diri saya.....


Soalan saya Ustaz......

1/. Adakah Niat atau Nazar itu sama maksudnya?

2/. Berdosa kah saya jika melambatkan niat saya untuk aqiqah, sedangkan
saya kurang sumber kewangan?

3/. Adakah diwajibkan melakukan 2 ekor kambing atau ikut kemampuan
untuk melakukan aqiqah?

4/. Ketika saya menjawab soalan rakan saya "In shaa Allah....niat itu ada",
adakah ia dikira nazar?


Sila Ustaz berikan pendapat........Terima Kasih
File Upload:
Salam

Lafaz seperti itu tidaklah dikira sebagai nazar. Ia tidaklah perlu ditunaikan. Nazar ini ialah ucapan dengan penuh kesedaran dan bersungguh-sungguh untuk menunaikan sesuatu setelah mendapat sesuatu yang dihajati..

Akikah adalah sunat, buatlah bila masa anda berkelapangan kewangan dan waktunya...

Sunat dua ekor kambing kepada anak lelaki, jika tidak mampu, bautlah seekor dahulu..

Ia tidak dikira nazar.

tk

Visitor IP: 60.52.64.128

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, June 4, 2017

Soalan: Lafaz

Nama*:Baharudin
Tajuk*:Lafaz
Message*:Salam

Ketika isteri sedang berleter...saya berkata "kenapalah saya kawin dengan awak"...saya hanya menyampah dengan isteri yg xberhenti membebel...apakah itu jatuh talak
File Upload:
Salam

Ia tidak jatuh talak.. tk..

(saya jawab balik, kenapalah suami ini yang jadi suami saya.. he he...) op sorry yer

Visitor IP: 113.210.189.30

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: jatuh talak

Nama*:hani
Tajuk*:jatuh talak
Message*:Assalamualaikum ustaz,


saya ingin mohon pencerahan, saya sudah berkahwin selama setahun tp tidak penah diberi nafkah batin. Nafkah zahir pon jarang diberi. Apakah sudah jatuh talak?
File Upload:
salam

Tidak akan jatuh talak sehingga adanya ucapan talak yang sahih daripada suami.

Kena bantu suami untuk dia kenal tanggungjawabnya...

tk

Visitor IP: 183.171.224.58

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: taklik

Nama*:fazli
Tajuk*:taklik
Message*:Salam ustaz, saya ada bergaduh besar dgn isteri selepas isteri dapat tahu saya masih berhubung dengan bekas kekasih. Oleh sbb itu saya ada lafazkan taklik berbunyi "kalau abang hubungi dia lagi esok maka jatuh talak" tapi langsung tak ada niat utk ceraikan isteri cuma mahu dia bertenang dan berhenti dari minta cerai berulang-ulang kali. Adakah sah lafaz taklik itu? Sekiranya sah adakah lafaz itu hanya sah utk keesokan harinya sahaja kerana perkataan "esok"?
File Upload:
Salam

Lafaz taklik itu sah. Jika dilanggari taklik pada 'hari esok' maka terjadilah talak.

Soalnya apa maksud suami dengan perkataan 'esok'. Suami sendiri yang tahu dan faham akan maksud sebenarnya esok.. Ia sama ada esok-esok (bermakna akan datang) atau esok (besok) sahaja. Suami sahaja yang mengerti dan faham apa maksud yang diucapkan..

tk

Visitor IP: 167.247.15.8

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Kemusykilan

Nama*:Mokhtar
Tajuk*:Kemusykilan
Message*:Assalamualaikum ustaz

Isteri seorang yang degil xsuka dengar nasihat..satu hari saya xtahan lalu saya cakap...awak nak buat apa..awak buatlah...saya xkisah dah...saya tegur awak bukan nak dengar pun...tanpa sebarang niat utk cerai...adakah lafaz tersebut dikira talak
File Upload:
Salam

Ia tidak dikira lafaz talak, kerana ia tidak disebutkan ttg talak.

tk

Visitor IP: 113.210.189.30

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Pertanyaan

Nama*:Nazre
Tajuk*:Pertanyaan
Message*:Salam

Adakah berkata kepada isteri.."pergilah kahwin dengan lelaki itu" hanya kerana marah tanpa niat cerai telah menjatuhkan talak
File Upload:
Salam

Ia tidak menjatuhkan talak kerana suami tidak berniat untuk cerai.

tk.

Visitor IP: 113.210.189.147

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA