Nama*: | Hamba Allah |
Tajuk*: | Tiada lagi kasih dan sayang |
Message*: | Assalam Ustaz. Saya buntu, saya sedih tapi saya tahu Allah sayangkan saya. Saya cuma nak tahu bagaimana untuk mengatasi masalah saya dan isteri. Kami belum setahun berkahwin tapi akibat sentiasa salah faham dan personaliti diri dia yang saya tak suka tapi tak pernah tahu sebelum kahwin muncul membuatkan saya penat dengan hubungan kami. Selain itu, saya pun sudah tiada keinginan seksual bersama dia. Saya tidak lagi tertarik bila bersama isteri. Dan kami akan bergaduh kerana saya sering mengelak memberi nafkah batin kepadanya. Apalah yang harus saya lakukan Ustaz? |
File Upload: |
Bawa bertenang sementara waktu. Tempoh masa bercinta tidak sama sekali setelah bersuami isteri. Bersabarlah. Usah diturutkan nafsu marah dan kebencian melulu. Sabarlah dahulu.
Percayalah setiap perkara ada jalan penyelesaiannya. Saudara perlu bertanyakan diri sendiri, apa yang lemah dalam diri sendiri dan apa pula kurangnya diri isteri. Isteri pun sama boleh berbuat seperti itu.
Berilah sedikit ruang waktu untuk menerima kehadirannya seadanya seperti itu. Suami ada kelemahan, isteri juga ada. Saling berbantu sesama sendiri boleh mengurangkan kekurangan itu.
Perbanyakkan istighfar, bacaan Quran dan halaqah bersama isteri, di situ ada rahmat yang tersembunyi. Buatlah solat berjemaah dengan isteri. Usah ditinggalkan dia sebegitu. Dia adalah amanah anda..
tk
Visitor IP: 175.143.55.77
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.