Tuesday, June 23, 2015

Soalan: apakah dgan dilempar sesuatu ke wajah saya sudah jatuh talak?

Nama*:galuh
Tajuk*:apakah dgan dilempar sesuatu ke wajah saya sudah jatuh talak?
Message*:assalamualaikum ustadz..kemaren saya bertengkar dgan suami ...ia melempar korek api beserta 1 bungkus rokok ke wajah saya ,apa itu sdah jatuh talak ,,,??
apakah jika saya tidak terima bisa saya ajukan gugatan cerai??
sebenar nya saya sering tdak di nafkasih lahir oleh suami saya ,,dgan alasan uang ny di tabung ,,tpi saya sering lihat dia mentraktir teman-teman nya..tpi klo saya minta uang belanja selalu dia marah 2..sebaik nya sikap apa yg harus saya perbuat ??? mohon jawaban nya ustadz
File Upload:
Salam

Terima kasih atas pertanyaan ibu.

Tindakan suami melempari sesuatu ke wajah atau ke tubuh badan isteri tidaklah membawa kepada talak atau cerai. Maksudnya di sini tidaklah jatuh talak ke atas ibu.

Suami yang tidak mahu membiyai nafkah keluarga adalah suami yang berdosa. Suami wajib menafkahi isteri dan anak-anak terlebih utama daripada menafkahi rakan-rakan di luar sana. Tindakan seperti ini menunjukkan dia seorang yang tidak bertanggungjawab ke atas kelaurganya.

Saya nasihati ibu supaya bersabar seketika. Carilah peluang untuk membimbing suami mengenal Allah dan tahu tugasnya sebagai suami. Mungkin perlu diberi ruang untuk mendekati masjid dan belajar agama, berkawan dengan teman yang soleh malah perlu di dalam rumah diwujudkan suasana islami agar dia terbiasa dengan solat dan taubat.

Ibu bisa berperan sebagai pendidik yang baik kepada suami. Berdoalah setiap masa agar suami kembali ke jalan Allah.

tk

Visitor IP: 125.164.63.61

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA