Soalan: Puasa & Munakahat
Nama*: | Mie |
Tajuk*: | Puasa & Munakahat |
Message*: | Salam Ustaz,
1) Jika kita gosok gigi, rase ubat gigi tetap ade walaupun kite dah berkumuh...Adakah batal puasa jika kite telan air liur yang masih ade rase ubat gigi?
2) Jika kita selsema, kadang-kadang kita tertelan kahak atau terasa kahak masuk ke tekak dengan sendirinya...Adakah batal puasa?
3) Dalam bab munakahat, jika perkataan yang keluar dari mulut suami hanya sepatah sahaja (contohnya "aku", "emm", "amin"), kemudian suami terus diam...apakah hukumnya sekiranya ada niat?
Mohon pencerah ustaz.
Terima kasih |
File Upload: | |
Salam
1. KEsan ubat gigi tidaklah membatalkan puasa.
2. Tertelan kahak tidaklah membatalkan puasa
3. Perkataan suami itu apa tujuannya.. apa maksudnya? jika untuk cerai ia tidaklah terjadi talak sehingga dilafazkan dengan jelas..
tk
Visitor IP: 183.171.170.219
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.