Soalan: aku lepaskan kau, aku bebaskan kai
Nama*: | nilla |
Tajuk*: | aku lepaskan kau, aku bebaskan kai |
Message*: | Sekiranya suami brkata aku lepaskan kau Dan aku bebaskan kau dlm keadaan Marah kerana isterinya selalu mrh2 tanpa sebab..suami tu langsung tak tahu ayat tu akn JD nya talak..peristiwa terjadi dalam 2 tahun..masih lagi serumah dgn nya..apabila isteri teringt kembali perkataan tu..suami dh tak ingat lagi..bersungguh jawab tak Ada pulak ckp camtu.. Lepas tu suami cakap dia tak terlintas DLM hati nak cakap perkataan lain DLM dirinya.minta penjelasan |
File Upload: | IMG-20150601-WA0000.jpg |
Salam
Jika benar suami cakap aku lepaskan kau, aku bebaskan kau.. ia boleh membawa makna talak atau cerai. Sama ada suami sedar atau tidak, tahu atau tidak, jika ia dilafazkan dengan niat untuk cerai, maka terjadilah cerai. Tapi dalam kes ini, suami ternyata tidak ada niat untuk cerai, maka ia tidaklah terjadinya cerai atau talak.
tk
Visitor IP: 60.49.71.150
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.