Soalan: LAFAZ
Nama*: | nora |
Tajuk*: | LAFAZ |
Message*: | saya bertengkar dengan suami sebab dia suka melepak dengan kawan2 yang buruk perangainya, kerana dia sendiri berkata begitu.saya cakap kalau dia nak sangat enjoy dan lepak mcm orang muda tunggula sampai saya mati. dia naik angin dan cakap lebih baik saya (isteri) balik kampung kalau nak mati. sebab dia cakap bukan senang nak uruskan orang mati.
dia jugak cakap "JANGAN SAMPAI ABANG LAFAZ". adakah jatuh talak dalam situasi saya ini:
"LEBIH BAIK KAMU BALIK KAMPUNG"
DAN
"JANGAN SAMPAI ABANG LAFAZ" |
File Upload: | |
Salam
Ia tidak menjatuhkan talak lagi... suami masih ada pertimbangan dalam kes ini..
tk
Visitor IP: 175.143.109.104
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.