Tuesday, June 9, 2015

Soalan: HUKm membiarkan anak anak di rumah mak mertua yang belum memeluk islam

Nama*:Kira balqis
Tajuk*:Hukum membiarkan anak anak di rumah mak mertua yang belum memeluk islam
Message*:Salam ustad saya dengan suami sekarang ada masala..dia ada lafaz talak tapi dia tak nk mengaku..sekarang sy keluar dr rumah TP ada rancangan dah nk dekat 1 Bulan kami tak jumpa..dan masa jatuh talak tu dah kira 2 Bln..2 kali endah...sekarang suami seorang mualaf dan anak2 saya ada 3 org ..sy cuma bawk YAng paling kecil..Yang lagi 2 orang ada bersama suami saya..dan suami sy sudah pindah tinggal di rumah mak mertua saya..bawak anak saya sekali...saya takut akidah anak2 saya terjejas..apa perlu sy lakukan..sy mahu berjumpa dengan anak saya pun dia tak Bagi...adakah jika kami bercerai hak penjagaan anak akan dapat kepada siapa..anak saya berumur 5 tahun 3 tahun dan 7 bulan..semua perempuan..sy takut saya tak dapat anal2 saya sebab saya tidak berkerja ..hanya meniaga kecik2 ..dijana Jan sy perlu laporkan dan dpi sy ambik anak2 saya..dengan melalui seseorang yang BLh teman saya..
File Upload:
Salam

Masalah ini agak berat dan kritikal apabila anak-anak dijagai oleh ibu yang tidak Islam. Apatah lagi pada usia muda 3 - 7 tahun, yang mungkin mudah terpengaruh dengan ajaran agama lain.

Saya mencadangkan supaya krisis rumah tangga ini dapat diuruskan dengan cepat, maksud saya kalau boleh ditautkan kembali hubungan suami isteri, maka itulah yang terbaik. mungkin boleh dicarikan jalan penyelesaian untuk kembali duduk sebumbung.. anak-anak tidak terabai seperti itu.

jika tidak boleh juga, mohonlah untuk diuruskan perceraian itu dengan baik melalui mahkamah syariah. Apabila mahkamah syariah putuskan, maka hak penjagaan akan diputuskan oleh pihak mahkamah, bukan lagi oleh suami atau isteri berdasarkan kriteria tertentu.

tk

Visitor IP: 175.138.12.37

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA