Soalan: ingin tahu
Nama*: | puan ain |
Tajuk*: | ingin tahu |
Message*: | Salam ustaz.saya dan suami bergaduh disebabkan saya ingin keluar untuk pergi membeli makanan.suami marah kerana tempat yang ingin saya pergi jauh dari rumah.suami cakap bahaya kerana hari sudah malam dengan keadaan motor(ada sedikit kerosakan).suami takut kalau terjadi apa2 ke atas diri saya(contoh:kemalangan).saya bertegas ingin keluar jugak.lalu suami berkata awak nak sangat keluar,keluar lah(merujuk untuk pergi ke tempat yang ingin saya pergi).awak keluar je,awak jangan menyesal nanti.lalu saya keluar dan hanya duduk di tempat parking motor.tidak sampai 5 minit,saya masuk semula ke dalam rumah.saya amat yakin suami tidak cakap ayat cerai taklik.ustaz,dalam situasi ini,adakah terjadi apa-apa? |
File Upload: | |
Salam
Suami tidak sebut pun perkataan cerai dan ia tidak dikaitkan pun dengan cerai, maka tiadalah terjadi apa-apa dalam kes talak..
Cuma bila dah suami tak bagi pergi tu, kenalah akur.. belajarlah mentaati suami..
tk
Visitor IP: 183.171.164.101
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.