Wednesday, March 12, 2014

Soalan: pengesahan talak

Nama*:shara
Alamat Email:sharacharley@yahoo.com
Tajuk*:pengesahan talak
Message*:assalamualaikum uztad,1) sebelum ini suami pernah melafazkn talak kepada sy melalui telefon..ketika itu sy sedang menemani mak sy membuat visa untuk menetap di Malaysia. Setelah sy sampai di wisma suami sy menelefon sy untuk balik dan tinggalkan mak sy..dgn lafaz (AKU CERAIKAN KAU KALAU KAU TAK BALIK SEKARANG)..tetapi ketika itu sy tidak dpt balik krn menjadi penjamin kepada mak sy..jd selepas itu kami ke mahkamah untuk mengesahkan sama ada jatuh atau tidak..kemudian suami sy memberitahu hakim bahawa dia tidak menetapkan masa untuk saya..sedangkan perkataan sekarang sudah cukup jelas sy dgr..

2) selepas kejadian itu, barulah sy tahu suami sy curang di belakang saya. Adakah dosa bagi dirinya yang selalu membawa perempuan itu keluar??? dan setelah mendapat bukti sy telah menelefon perempuan itu dan bertanya tentang hubungan mereka..kemudian dengan hampa nya hati sy selepas perempuan itu berkata " KAU DENGAN LAKI KAU KAN DAH CERAI TALAK 3, DIA PUN ADA AJAK AKU KAHWIN SEBAB DIA CKP DGN AKU TAK MUNGKIN DIA AKAN BALIK SEMULA PADA KAU, SEBAB AKU INGAT DIA DAH CERAI DENGAN KAU LAH AKU KAWAN DAN KELUAR DENGAN DIA " saya mohon jasa baik uztad untuk memberikan jawapan segala persoalan sy secepat mungkin kerana sy baru sedar akan perkataan " aku da takde isteri" pun bole jatuh talak. terima kasih uztad..sekian..wassalam..
File Upload:
Visitor IP: 175.141.112.245

Salam

Pada kes pertama, pengertian 'sekarang' bersifat relative. Ia boleh jadi serta merta, boleh dimaksudkan juga sesegera yang dapat. Oleh kerana puan pada ketika itu masih dalam urusan visa, saya berpendapat ia tidak menjatuhkan talak kerana puan pulang juga sesegera selepas selesai tugasan. Perkara juga telah dijelaskan dalam mahkamah. Saya kira elok kita berpegang pada kenyataan mahkamah itu.

Kes berikutnya atas pengakuan 'perempuan' itu yang mengatakan suami puan menceraikan puan. Kenyataan seperti ini tidaklah menjatuhkan talak kerana sebutan suami lebih kepada kenyataan untuk 'mengorat' atau mengambil dia sebagai isterinya.

Sebutan cerai dan talak hendaklah jelas dan tepat; 'aku ceraikan kamu' dsb.. yang jelas menjatuhkan talak dan cerai.

'aku dah tak ada isteri' itu tidaklah menjatuhkan talak pada pendapat dan kefahaman saya.

terima kasih.




Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA