Sunday, March 16, 2014

Soalan: Ungkapan " KALAU DAH RASA TAK SUKA, LEPASKAN SAYA'



Nama*:sharif
Alamat Email:argon7203@yahoo.com
Tajuk*:Ungkapan " KALAU DAH RASA TAK SUKA, LEPASKAN SAYA'
Message*:Assallammualaikum wbt Ustaz

Saya telah berkeluarga selama 14 tahun dan mempunyai 4 orang anak. Baru-baru ini berlaku perselisihan faham antara saya dan isteri dan saya akur akan takdir memang ada salah saya dimana pada waktu tersebut fikiran bercelaru dengan berbagai masalah yang saya sendiri sahaja yang tahu. Berkebetulan mertua saya ada di rumah kerana melawat anaknya dan kemuncaknya pada 16 Mac 2014, jam 10.21 pagi semasa baru balik membeli sarapan pagi saya telah menerima ungkapan seperti di atas melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Saya menjadi kedu dan tak bercakap apa kerana tidak menyangka sampai tahap ini isteri saya bertindak. Memang salah saya dan saya akan mengaku salah saya tetapi dengan ungkapan ini apakah yang patut saya lakukan dan saya memerlukan bantuan Ustaz untuk memberikan pertolongan sekadar mampu :-

1) apakah tindakan sepatutnya yang saya akan buat ke atas ungkapan ini?

2) Bagaimanakan cara penyelesaian terbaik bagi saya menghadapi perkara ini?

Mohon bantuan Ustaz seandainya ada izin dari Allah swt.

Untuk makluman, saya khuatir anak saya yang sulung (13 tahun) ada membaca SMS tersebut yang mana akan mengganggu emosi dan perasaan beliau.

Mohon maaf atas kelemahan saya dan mohon bantuan juga dari Ustaz

Terima kasih
File Upload:
Visitor IP: 1.9.14.130

Salam,

Hak dan kuasa cerai ada di tangan suami. Kita masih sayangkan keluarga kita, oleh itu berhati-hatilah. Sabar dan tenang serta bijaksana dalam mengendalikan permasalahan yg melanda. Ungkapan itu tidak membawa apa-apa makna jika suami tidak mengiyakan atau membuat tindakan untuk cerai atau talak.

Kenalpasti punca perbalahan dan jika memang kita yang bersalah, mohon maaf dan rayulah kepadanya. Yakini dia bahawa kita tetap sayang dan kasih kpd keluarga, cuma onak badai itu seharusnya dijadikan ujian pada kekuatan keluarga yg dibina selama ini.

Teruskan usaha memujuknya, kerana jika benar-benar kita kasih kepada isteri, dia akan lunak dan boleh kembali kpd kita juga.. tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA