Sunday, March 2, 2014

Soalan: Cerai & Takliq

Nama*:Hana
Alamat Email:jyan_lv22@yahoo.com.my
Tajuk*:Cerai & Takliq
Message*:Salam..

1.Suami saya marah dgn saya dan jual sajalah rumah tu..nanti kita akan bercerai gara2 rumah itu..kerana tidak puasa hati adik saya duduk kat rumah kami di bandar, berulang-ulang dia menyatakan berkataan nanti kita akan bercerai gara2 rumah itu..slps berberapa minit dia menekankan lagi "Bercerai Hana" yg bermaksud dia menekanlah lagi ttg apa yg dia katakan pada saya, mengenai Nanti akan bercerai gara2 rumah tu. Adakah jatuh talak?

2. Adakah ini lafaz takliq -
Jangan lagi kau bergaul dgn adik2 mu, kalau kau bergaul juga aku pulangkan kau pada mama dan papa mu di kampung.
File Upload:
Visitor IP: 58.26.88.78

Salam,

Hai susah saya nak cakap...

Kenapalah dunia ni tak aman je. Tak payah gaduh-gaduh. Kan best. tenang je hidup kita ni..

Pertamanya, dpaatkan kebenaran daipadanya dahulu untuk membenarkan orang lain walaupun dia itu adik kita untuk duduk di rumah. Ada suami yang tak suka hidupnya diganggu dan terganggu.

Ucapan berbentuk kenyataan, 'bercerai hana' saya tidak dapat nak hokum sama ada jatuh talak atau tidak. Jika perkataan itu dimaksudkan suami ialah 'aku ceraikan engkau', maka jatuhlah talak. jika ia kenyataan sebegitu sahja, ia tidaklah menjatuhkan talak.

Suruh pulang ke kampung adalah simbolik. Ia perlu dijelaskan apa maksud sebenar. JIka suami makduskan cerai, maka jatuhlah talak pada tindakan berkenaan (bergaul dengan adik beradik)

Yang suami tu pun, napelah tak pandai sangat, buat syarat angbukan-bukan.. susah jadinya isteri melayan karenah suami.. tak apa lah.. sabar je lah..

(maaf, mood tak serius)

tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA