Soalan: jatuh talak atau tidak?
Nama*: | rafi |
Alamat Email: | takius_raffeys@yahoo.com |
Tajuk*: | jatuh talak atau tidak? |
Message*: | as salam,
ustaz sya nak tanya,
semalam saya ada berbual-bual dengan isteri saya,
pasal mak mertua saya barangnya selalu hilang apabila berjumpa kawannya.
Dalam nada bergurau saya bercakap bila mak mertua saya berjumpa lagi dengan kawannya itu. cakaplah tak nak kawan lagi... kita putus, break-up.. hehhe..
Permasalahan saya hadapi sekarang.. terjatuh ker talak pada isteri saya, padahal saya bermaksud putus itu pada kawan mak mertua saya. hubungan berkawan antara mak mertua saya dan kawanya itu. dan saya tidak bermaksud bukan bermaksud pada isteri saya.
Mohon pencerahan dari ustaz. |
File Upload: | |
Visitor IP: 202.75.144.39
Salam
Tujuan ucapan seperti itu untuk orang lain yang tiada kaitan dengan isteri; ia tiaklahmenjatuhkan talak. Ia tiada kaitan dengan 'cerai' dalam hubungan suami isteri saudara.
tk
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.