Nama*: | Lin |
Alamat Email: | roslindataib@yahoo.com |
Tajuk*: | Jatuh Talak atau tidak?? |
Message*: | Assalamualaikum Ustaz.. Seorang suami telah memberitahu kepada kawan2 nya bahawa dia seorang duda dan telah menceraikan isterinya. dia memang berniat utk menceraikan isterinya. Isterinya tidak tahu & masih menganggap masih suami isteri. tetapi hampir setahun dia tidak memberi nafkah batin terhadap isterinya.. adakah sah lafaz cerai suami itu?? apa status suami isteri tersebut?? Minta penjelasan ustaz... sbb si suami pernah merujuk kepada seorang kadhi bahwa lafaznya adalah sah. tetapi dia tidak pernah merujuk ke pejabat agama & tidak memberitahu isterinya tentang lafaznya. Sekiranya lafaz itu sah, apa hukumnya slps 2 tahun si suami kembali; tidur bersama isterinya & menjalani kehidupan seperti suami isteri. Wasalam.. |
File Upload: |
Salam
Berniat untuk cerai dan menyatakan lafaz cerai bersendirian mahupun depan kawan-kawan atau isteri, maka sah dan jatuhlah talaknya.
Isteri yang tidak tahu bukanlah menjadi kesalahan padanya, kerana ia adalah kesalahan suami yang merahsiakan butirannya. Soal beri nafkah atau tidak tidak ada kaitan dengan sah atau tidak pada jatuhnya talak.
Lafaz cerai yang sah akan menyebabkan jatuhnya talak. Diharamkan persetubuhan selama masih dalam perceraian.
Jika suami yang tahu agama, dia akan merujuk semula (dalam tempoh edah) atau diadakan akad nikah semula jika tamat tempoh edah. Tidur semula tanpa akad nikah atau rujuk adalah haram...
terima kasih.
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.