Tuesday, October 22, 2013

Soalan: Takliq rajie dan rujuk

Nama*:shaharudin bin bakar
Alamat Email:shaharudinbakar@rocketmail.com
Tajuk*:Takliq rajie dan rujuk
Message*:Talak rajie telah jatuh pada 22 Jun 2012 kerana isteri telah melanggar taklik "sekiranya keluar dengan orang lain maka jatuh talak". Dua atau tiga hari selepas dia pulang ke rumah kami bersemuka disaksikan keluarga ibu mertua, adik kandungnya dan anak-anak. Isteri menidakkan melanggar taklik tersebut maka saya berpendapat talak tidak terjatuh. Selepas itu kami anak beranak berpelukan mungkin kerana sebak. Isteri jatuh pengsan dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan menerima rawatan.

Dalam masa menunggu rawatan lanjut saya sempat melafaskan "Walau apa pun yang berlaku mama masih tetap isteri abang". Isteri hanya diam. Keesokan harinya kami bersama semula sebagai suami isteri dan melakukan persetubuhan dan hidup kami berterusan begitu sama ada isteri ke tempat saya di Melaka mahu pun saya pulang ke Meru.

Rujuk berlaku semasa Isteri berada dalam awal edah dan masih suci dari haid.

Sehinggalah pada 28 Jun 2013 selepas solat magrib berjemaah isteri telah membuat pengakuan bahawa taklik 22 Jun 2012 telah dilanggar dan bukan itu sahaja, isteri mengaku melakukan zina bersama lelaki ketiga.

Allah maha pengasih dan penyayang dan siapalah saya untuk menghukum.
Saya telah memaafkannya dan membimbingnya taubat nasuha beberapa malam. Saya juga mengambil keputusan untuk mengesahkan jatuhnya talak di Mahkamah Rendah Syariah Klang,Selangor.

Semasa kes dijalankan saya masih bingung dan menghadapi pelbagai tekanan. Saya tidak menjelaskan apa yang telah berlaku selepas 22 Jun 2012. Saya seperti bingung apabila yang Arif menganjurkan soalan "Ada apa- apa yang mahu dijelaskan" dan jawapan yang keluar dari mulut saya sendiri adalah "Tiada yang Arif". Maka sah jatuhlah talak rajie tersebut dengan talak 2 juga oleh kerana terlalu lama disimpan rahsia maka edah pun telah lama habis. Surat Pengesahan Cerai akan dikeluarkan dan saya masih lagi belum mengambilnya kerana masih bingung. Saya sentiasa berdoa kepada Allah untuk memberikan saya kekuatan dan tidak mengikut bisikan syaitan.

Saya pohonkan semuga permasalahan ini terungkai bagi menjelaskan kedudukan saya dan isteri yang sebenar.
File Upload:
Visitor IP: 218.111.201.82

Salam Tuan Shaharudin

Mungkin ada beberapa perkara yang perlu saya dapatkan penjelasan lengkap dalam kes ini. Ini yang saya cuba huraikan berdasarkan apa yang saya faham.

Sejauh apa yang saya faham, tuan Shaharudin telah membuat lafaz taklik pada 22 Jun 2012. Lafaz takliknya berbunyi; sekiranya keluar dengan lelaki lain, jatuhlah talak.' Pada peringkat awal, isteri tidak mengaku dia melanggar taklik dan tuan puan masih kekal sebagai suami isteri.

Saya tidak faham apabila tuan menyebut: "Rujuk berlaku semasa Isteri berada dalam awal edah dan masih suci dari haid." Pada saya, bila tidak ada cerai, tidak adalah rujuknya.

Namun selepas Maghrib 28 Jun, isteri tuan membuat pengakuan dia telah melanggar taklik setelah dia keluar dengan lelaki lain dan berzina.

Di sini saya berpendirian bahawa taklik yang dilafazkan pada 22 Jun telah jatuh dan terjadilah TALAK ke atas isteri tuan. Bererti talak telah jatuh bermula pada hari isteri tuan melanggar taklik dan tuan hanya tahu pada tarikh 28 Jun sahaja. Ini bermakna, tuan boleh merujuknya kembali hanya setelah tuan tahu talak itu jatuh, baharulah boleh dirujuk (pada 28 Jun itu atau selepasnya selagi tempoh edah ada).

Jika tidak jelas, mungkin tuan boleh hubungi saya 013-7759965 atau bertanyalah kepada mereka yang arif.

terima kasih.





Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA