Friday, October 25, 2013

Soalan: kahwin semula

Nama*:zaimah zahir
Alamat Email:
Tajuk*:kahwin semula
Message*:Assalamualaikum,
Suami telah menceraikan saya sebanyak dua kali. Kali pertama, lafaz dlm mahkamah. Kemudian kami rujuk. Kali kedua, melalui sms. Bermakna telah jatuh 2 talak ke atas saya. Sehingga kini, 6 bulan sudah berlalu. Saya sekadar ingin bertanya, sekiranya ditakdirkan suami melamar saya & kami berkahwin semula, adakah bilangan talak tinggal satu ? Bermakna 3 tolak 2... Saya rasa perlu fahami betul-betul bab hukum Allah ini dan tidak mahu ambil mudah kerana jika tersalah tindakan, dosa yg bakal menanti. Setelah apa yg berlaku, banyak menginsafkan saya utk lebih mendalami hukum agama. Mohon penjelasan ustaz. Syukran ya ustaz!
File Upload:
Visitor IP: 123.136.106.83

Salam Puan.

Alhamdulillah dan bersyukur atas keprihatinan puan dan kita bersama untuk mendalami urusan agama yang sentiasa ada kaitannya dengan hidup mati kita, dosa dan pahala. Semoga apa yang terjadi memberi kesan positif ke arah kita menghayati Islam sebagai cara hidup sebenar kita.

Mengenai cerai kali kedua, ia adalah sah dan jatuh talaknya. Soalan saya, adakah puan mengandung sekarang atau tidak? Jika mengandung bermakna puan masih berada di dalam edah sehinggalah puan melahirkan anak. Jika masih dalam edah, suami puan berhak merujuk pada bila-bila masa dan baki talaknya ialah satu. Dan yang satu itupun jika jatuh lagi, bererti tidak boleh dikahwinkan sampai bila-bila kecuali kaedah 'cina buta'.

Jika puan tidak mengandung dan telah tiga kali suci haid, bererti suami puan perlu bernikah semula dengan puan, bukannya kaedah rujuk lagi.

Suami perlu memberikan mahar kahwin, keizinan wali, dan diadakan majlis akad nikah baru.

Setelah itu, perkiraan cerai dan talak kembali kepada satu, dua dan tiga; yakni boleh talak satu, talak dua atau talak tiga sebagaimana di awal perkahwinan dahulu.

tk



Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA