Nama*: | linda |
Alamat Email: | lindee67@gmail.com |
Tajuk*: | Lafaz cerai ke tidak? |
Message*: | Assalamualaikum Ustaz! Saya ada kemusykilan tentang sama ada jatuh talak ke talak dalam kes saya di bawah.... Suami saya menunggu saya di bilik kerana dia ingin melakukan hubungan kelamin. Pada masa itu saya sedang mencari informasi berkenaan hotel kerana saya dan anak akan pergi ke Seoul, Korea. Lepas itu saya terdengar yang suami saya macam sedang mengemas sesuatu di bilik...tempat penyangkut baju di bilik patah....jadi dia nak angkat dan buanglah. Tiba2 dia datang ke meja komputer di mana saya berada dan berkata" Aku ingat aku nak ceraikan engkau. Aku tunggu punya lama di bilik engkau tak datang".(Suami saya kalau masa dia marah dia akan menggunakan perkataan aku dan engkau). Jadi, saya bingung adakah jatuh talak ke atas saya ustaz? Saya beritahu dia yang saya hendak pergi ke pejabat agama untuk bertanya dan mengajaknya sekali.Tapi dia kata dia tak ada niat untuk menceraikan saya. Saya ada baca di laman web...lafaz cerai hendaklah jelas seperti " Aku ceraikan engkau".....tapi dalam kes ini ada perkataan "ingat nak ceraikan"....itulah sebabnya saya tak pasti ustaz. Mohon dijelaskan ya ustaz. Terimakasih banyak ustaz dan assalamualaikum! |
File Upload: |
Salam..
Tuuu la puan.. lain kali kalau suami ajak tu, cepat-cepat je ikut.. jangan dibiarkan suami yang mahu, nanti moodnya hilang dan marah yang mendatang...
Dalam kes ini, ia tidak jatuh talak kerana lafaznya jelas menyebut; 'Aku ingat aku nak' yang membawa maksud ada batasan waktu lagi untuk dijatuhkan talak.
Selamat menjaga suami puan.. hehe..
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.