Sunday, October 20, 2013

Soalan: bapa tidak solat

Nama*:anak
Alamat Email:
Tajuk*:bapa tidak solat
Message*:assalamualaikum..

ustaz saya hadapi sedikit kecelaruan ingin bertanya kepada ustaz..bukan niat utk membuka aib bapa saya tapi ingin menanyakan kemusykilan .

saya tinggal bersama keluarga sehingga sekarang. sampai kini dia tidak solat ustaz. dari saya kecil sampailah saya berumur 28 tahun boleh dibilang dengan jari shj dia solat.

alhamdulillah kami adik beradik tidak mengikuti cara beliau. bapa saya walaupn tidak solat tp menjalankan tanggungjawab sebagai seorg bapa tidak pernah loket ttg duit. apa shj anak atau cucu2 minta mmg akn ditunaikan.

dia juga punyai hobi yg agak malu utk saya nyatakan..menonton benda2 lucah melampau. ya Allah luluhnya hati saya punyaa. dari kecil lg mmg dia gemar melihat video2 sebegitu, dulu sewa tape sekarang mula dgn internet.
utk pengetahuan ustaz juga bapa saya pandai 'berlakon' d depan org lain. suka berceramah agama, obses dgn imu2 mengenal diri yg dia tuntut dl dgn seorang guru. tapi bila berseorangan mula mennton benda yg tidak senonoh itu.

hanya saya yg terserempak sbb tinggal bersama. adikberadik yang lain sudah berpindah keluar bersama keluarga masing2. sayalah yg mengajar beliau dgn dunia internet. sbb dia bg dgn alasan mahu mendengar ceramah2 agama.

memamg dia juga mendengar ceramah2 itu tp diselangi dgn benda2 lucah itu semua.

satu ketika saya sudah tidak tahan, saya tegur kata cukuplah jgn nonton lagi. tp dia kata mana ada, dia nak dgr orang mengajar ceramah. sdangkan saya boleh check history pada browser apa yg dia tonton. luluh hati saya dia menipu dan berasalan dgn agama.mudah sungguh mulut dia berkata tidak takut pd Allah.

bila dia kata begitu saya abaikan sampailah beberapa hari lepas ustaz. dia masih lagi menonton video2 tersebut pada hari raya aidiladha. suara berkumandang azan raya tp dia asyik dgn televisyen. (tv saya boleh akses internet dan agak besar boleh lihat melalui biasa cermin rumah apa yg dilihat).

saya terkeluar kata2 yg agak tinggi kali ini depan2 ibu saya. saya kata yg bapa tgk video seks terus saya cabut wayar internet. ibu saya hanya diam dan buat cam biasa bila adik beradik lain sampai rumah beraya.

dia orang buat cam biasa tiada apa2 berlaku, dan bapa saya dgn mudah mula nak berceramah agama depan2 mereka.YA ALLAH...nilah yg kali ke sepuluh yg saya tegur. dan inilah yg paling pertama saya bertindak begitu.

tp dia selamba tanya menantu cara nak pasang balik internet. semua org tertipu.

saya rasa agak tawar hati utk bercakap mesra dgn dia ustaz. sbb penuh penipuan. Dia juga tidak mahu bercakap dgn saya dan bg duit utk perbelanjaan harian. adakah utk duit sy terpaksa menghalalkan benda2 yg haram?

saya tidak dpt react biasa ustaz. ibu saya juga diam. adakah saya berdosa...

bagaimana saya mahu buat biasa cam org lain cam tiada perasaan. ikutkan hati saya mau saja berpindah.
File Upload:
Visitor IP: 210.186.53.5

Salam

Saudara bertuah kerana masih punyai seorang bapa untuk berteduh dan (bergaduh).. hehe.. op maaf yer..

Beginilah. Kewajipan kita sebagai anak ialah memberi nasihat dan teguran. CUaba membantunya dalam urusan agama dan kehidupan. Cuba membawanya ke arah yang lebih baik, namun lebih daripada itu adalah hak Allah sebagai penentu. Alah bukakan jalan hidayah, maka akan terbukalah hijabnya untuk kembali ke jalan Allah.

Pada saya, sebaik-baik anak iaha yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa. Dolah setiap waktu solat dan setiap kali terlintas di minda kita. Doalh agar dia boleh berubah dan menjadi lebih baik.

Jiak berpeluang, bawalha dia berjalan-jalan sambil pasankn cd cerama atau apa-apa yang sesuai untuknya lebih insaf dan sedar. elok kalau kita membawnya menziarahi orang miskin, anak yatim yang mungkin boleh melentur jiwanya.

Penting sekali ialahdakwah kita usah terkesan sehingga kia membelakangkan ibu bapa, membuatkan hubungan terputus kerana ia akan menjadi benteng dakwah yang hendak disampaikan. Jadikanlah mereka sbg kawan dan rakan baik yangboleh dirunding dan dibincang..

Doa dan tawakal sentiasa.

tk

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA