Nama*: | kamisah |
Alamat Email: | |
Tajuk*: | Ragu Tentang Talak |
Message*: | Assalammualaikum ustaz... saya ada kemusykilan agama munakahat...mohon ustaz tolong jawabkan. Asssalammulaikum ustaz, Saya ada satu soalan mengenai lafaz cerai. Pada suatu malam, saya dan suami sedang menonton TV cerita lawak bersama dua orang anak kami. Cerita dalam TV tersebut memaparkan tentang seorang lelaki yang sedang untuk melafazkan cerai kepada isterinya tetapi belum melafazkannya lagi hanya baru menyebut nama isterinya. Semasa kami sedang menonton drama TV tersebut, tiba-tiba ibu suami saya datang dan terus bertanya kepada suami saya kenapa dengan drama TV ini? Suami pun berkata dia kena cerai, dia nak ceraikan isteri dia. Kemudian ibu suami terus masuk ke dalam bilik. Kemudian secara tiba-tiba suami terus kata 'aku ceraikan kau'. Dalam situasi ini, lafaz cerai tersebut tidak ditujukan kepada saya (isteri ) kerana saya sangat pasti suami melafazkan ke arah tv dan tidak memandang saya walaupun saya ada di belakang sebelah kanan suami. Semasa suami melafazkan cerai tersebut, muka dan tubuh badannya menghadap televisyen dan suami tidak memandang ke arah saya (isteri) Soalan: 1. Adakah talak itu jatuh terhadap saya (isteri) 2. Saya ada bertanya kpd suami mengenai lafaz tersebut dan suami berkata lafaz tersebut TIDAK DITUJUKAN KEPADA AWAK (isteri ).. abg (suami) tujukan kpd orang dlm TV tu ( hantu perempuan yg kahwin dgn manusia lelaki ) 3. Apa pandangan ustaz mengenai masalah dan situasi saya ini? |
File Upload: |
Salam Puan,
Dalam kes ini, ia tidak jatuh talak kerana ia tidak ditujukan @ dimaksudkan kepada puan untuk diceraikan. Ia hanyalah respond daripada apa yang ditonton. Oleh itu ia tidak menjatuhkan talak.
Ia sama seperti para ustaz yang mengajar di masjid tentang talak, ustaz tu selalu sebutkan 'aku ceraikan kau' bagi tujuan pengajaran kepada jemaah. Lafaz ini tidak ditujukan kepada isterinya,ia umum sebagai pengajaran Oleh itu, ia tidak menjatuhkan talak.
Terima kasih.
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.