Sunday, October 13, 2013

Soalan: KEPASTIAN TALAK

Nama*:nadya
Alamat Email:faranadia@sisa.my
Tajuk*:KEPASTIAN TALAK
Message*:Salam ustaz,

Saya ingin dapatkan kepastian daripada ustaz.

Beberapa hari yg lepas, berlaku perselisihan faham antara saya dan suami (seorang yg cemburu). Perselisihan faham antara kami berlarutan sejak seminggu yang lepas sebelum saya mengambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah selepas waktu bekerja pada hari Rabu yg lalu. Hal ini kerana saya terasa hati apabila suami mengeluarkan perkataan "kenapa engkau tidak berambus je sejak bertunang dulu".

Perkataan itu menyebabkan saya membuat keputusan untuk pulang ke kampung tanpa memaklumkan tindakan saya itu sama ada pd kakak atau ibu saya. Akan tetapi suami tetap memujuk saya selepas saya membuat ugutan untuk memfailkan cerai. Kerana ego dan marah saya pada masa itu, saya tidak jawab panggilan telefon daripada suami mahupun ahli keluarga. Sehingga jam 8 malam, saya masih tidak pulang. Suami bertambah risau kerana saya tidak pernah buat perkara seberani ini.

Suami pun menghubungi kakak saya yg tinggal berhampiran dgn rumah saya. Abang ipar saya yang menjawab panggilan itu. Dalam keadaan marah, risau kerana kehilangan saya, menyebabkan suami tanpa niat, tanpa sedar mengeluarkan perkataan "kalau macam gini terus dalam 5 minit pun boleh jatuh talak 3".

Adakah talak telah jatuh ke atas saya?  Tetapi suami begitu yakin yg dia bukan menujukan atau berniatkan ke atas saya. Saya berjumpa dgn beberapa ustaz yg menyatakan talak tidak jatuh. Tetapi atas desakan keluarga kedua-dua belah pihak, kami diminta utk ke pejabat agama. Saya inginkan kepastian bagi pihak sy krn saya sayangkan pernikahan kami yg baru sahaja berusia lima bulan. Mohon penjelasan ustaz.

Terima kasih..
File Upload:
Visitor IP: 10.10.11.130, 10.10.11.130, 127.0.0.1

Salam Puan, agak lama juga saya mengedit tulisan berbentuk SMS yang puan gunakan dalam persoalan ini. Sebaiknya kita menggunakan tulisan yang betul dan lengkap kerana kita sayangkan bahasa kita seperti mana kita sayangkan diri kita dan keluarga kita juga.

Kenyataan suami; 'kalau macam gini' yang dikaitkan dengan talak tiga menggunakan KALAU. Kalau adalah suatu yang tidak pasti. Oleh itu, pada pendapat saya, ia tidak menjatuhkan talak. Talak akan terjadi bila lafaz cerai yang disebut secara langsung tanda ada perkaitan dengan sesuatu seperti AKAN, KALAU, NANTI dan sebagainya.

Terima kasih.


Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA