Friday, October 4, 2013

Soalan: suami lafaz depan anak tirinya kepada saya 'aku ceraikan kau dengan ta

Nama*:Ana
Alamat Email:madam_roxhana@yahoo.com
Tajuk*:suami lafaz depan anak tirinya kepada saya 'aku ceraikan kau dengan talak tiga'.
Message*:Salam , saya ingin mengadu dan bertanya tentang kemusykilan saya sejak beberapa bulan yg lalu.

Pada suatu petang ketika saya, suami dgn anak lelaki saya (dari perkahwinan dahulu) yg berusia hampir 11 tahun, suami memarahi anak saya kerana ada kesilapan yg dia buat, tetapi cara suami menegur tidak kena kerana memaki hamunnya dengan kata-kata kesat dan hina. Saya tidak tahan dan cuba menjawab kerana ingin suami berhenti daripada mengeluarkan kata kata seperti itu. ini menaikkan kemarahan nya, dan dalam pergaduhan mulut itu saya ada juga mengatakan perasaan hampa saya terhadapnya dan mengesyorkan kami berpisah jikalau dah tak serasi macam tu. dan dia pun terus cakap, 'kau nak betul-betul bercerai dgn aku ke?'. ok, aku ceraikan kau dengan talak tiga'. dan dia mengulanginya sebanyak dua kali disaksikan oleh anak lelaki saya.

Anak lelaki saya hanya diam dan saya pula tergamam. suami saya mempunyai kecederaan di bahagian kepala kerana terlibat dalam kemalangan dan kerap mengulangi ucapan kata kata kalau dia bercakap, jadi mungkin sebab itu lafaz cerainya kepada saya diberitahu sebanyak dua kali.

Soalan saya, adakah lafaz cerai itu sah?. saya ada bertanya kepadanya selepas itu, dan dia kata dia tiada niat dan dia kata jika lafaz tiada niat, tak akan jatuh talak. Kami masih hidup seperti suami isteri normal. Kami dikurniakan anak perempuan dua tahun.

Tolong bantu saya. terima kasih.
File Upload:
Visitor IP: 118.100.151.243

Salam puan, maaf kerana lambat membalasnya.

Menurut pendapat saya, lafaz talak ini adalah sah dan jatuh talak tiga kerana suami menyebutnya dengan jelas'' (ok, Aku cerai engkau dengan talak tiga).

Pendapat yang sama dikemukakan Usta Zainuddin (UiTM Johor);

Apabila suami melafazkan cerai tiga sekaligus, menurut jumhur ulama (termasuk mazhab Syafii) berlaku dan sah talak tersebut. (jatuh talak tiga)

Suami tidak dibenarkan lagi mengahwini bekas isterinya sehinggalah bekas isterinya berkahwin lain (serta bersetubuh) dan kemudian bercerai dengan suami baru dan tamat iddahnya. Maka dia boleh mnegahwini bekas isterinya dengan akad dan mas kahwin baru.



Sila rujuk kes ini ke pejabat agama bagi mendapat kesahan status puan dan suami puan.

Terima kasih.

 



Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA