Friday, May 10, 2013

Soalan: taklik

Nama*:luqman
Alamat Email:luqmanrazali81@outlook.com
Tajuk*:taklik
Message*:assalam ustaz...
saya ingin bertanya ...satu hari saya bergaduh teruk dengan isteri saya..dan dalam keadaan tak sengaja kerana terlalu marah kan nya saya terlafaz perkataan "kalau keluar jatuh talak" dgn niat utk mencabar dia keluar tanpa kizinan saya pada ketika itu.saya juga terkejut dgn kata 2 saya lalu menyesal dalam hati kerana ia seperti tersasul/luar kawalan kerana terlalu marah.. isteri pula tidak menyahut cabaran itu lantas meminta maaf.isteri bertanya apakah maksud lafaz saya..ia mmg berlaku secara spontan dengan niat utk mencabar keluar pada ketika itu kerana saya tak izin..setelah berbaik saya mengizin kan nya keluar..apakah jatuh talak setelah saya mengizin kan nyaa...harap ustaz dapat menasihat kan saya..tq
File Upload:
Visitor IP: 113.210.141.28

Salam

Oeh kerana lafaz taklik ini difokuskan pada tempoh dan masa itu sahaja, maka ia hanya akan berlaku sahnya pada ketika itu sahaja. (Seperti apa yang diniatkan oleh suami). Setelah itu, ia tidak berlaku lagi...

Itu atas apa yang saya fahami, tk.


Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA