Monday, May 27, 2013

Soalan: Keliru dengan Lafaz Taklik

Nama*:Erdina
Alamat Email:erdinazuryn@gmail.com
Tajuk*:Keliru dengan Lafaz Taklik
Message*:Salam ustaz,

Saya mohon jasa baik ustaz untuk merungkai kekusutan masalah yang saya hadapi sekarang.Suami saya telah melafaz taklik kpd saya dengan ayat "kalau kau keluar rumah malam cari aku lagi jatuh talak".Untuk pengetahuan ustaz,ini adalah kali kedua suami melafazkan taklik.
Persoalannya sekarang,saya pernah keluar rumah pada waktu siang utk balik ke rumah mak saya.Bila tiba waktu malam, saya pernah cuba mencari suami saya kerana dia matikan handphone.Kali pertama saya mencari,saya tak jumpa suami saya.Kali kedua pada hari yg lain slps kami bergaduh, saya pernah cari dia di kedai mamak dan saya nampak kereta dia sahaja.Tapi suami saya nampak saya sedang memandu kereta di hadapan kedai mamak itu.Adakah saya telah melanggar taklik tersebut?Adakah jatuh talak 2 ke atas saya?Bila saya bagitahu suami dia cuma cakap mana ada jatuh sbb saya bukan keluar rumah tgh malam.
Kali pertama berlaku taklik saya telah merujuk mahkamah dan mengesahkan jatuh talak satu kerana saya melanggar taklik tersebut iaitu ayat yang sama suami lafazkan.Saya ingatkan suami akan merasa serik dan berubah.Rupanya sikapnya tetap sama selalu keluar malam balik sampai subuh.Kadang-kadang saya terpaksa mencari dia di tempat2 karaoke,disko atau kedai mesin judi kerana disitulah tempat dia selalu berkumpul dgn kawan-kawannya.Bila dia keluar malam dan matikan telefon membuat saya curiga dan syak dia tak jujur dengan saya.Banyak kali saya terjumpa mesej dan nombor telefon perempuan lain dalam handphone suami.Dengan perangai suami saya yg selalu balik lewat dan selalu hidup menipu membuatkan saya tak senang duduk lalu keluar mencari suami bertujuan supaya dia takut dan terus balik rumah.Saya ingin mencari kebenaran dan ingin melihat dengan mata kepala saya sendiri bila suami masuk ke disko atau berjumpa perempuan lain waktu tgh malam.
Saya betul2 rasa tertekan dengan sikap suami dgn sewenang2 nya mengugut saya dgn taklik tanpa memikir kesan buruk yg boleh berlaku.Dia seolah2 mempersendakan hukum agama dan menyalah gunakan kuasa talak di tangan suami.Motif suami saya hanya untuk mengajar saya patuh pada arahan dia dan merasakan diri dia sangat berkuasa sebagai lelaki yg boleh buat apa saja spt tidak pernah menunaikan solat, selalu melakukan perkara yang terlarang,mengabaikan masa dan tanggungjawab sbg suami dan menyakiti serta mengecewakan isterinya.Saya langsung tiada hak untuk menegur,menentang dan membantah segala kejahatan dan kedegilannya.
Saya sekarang dalam dilema sama ada mahu meneruskan hubungan saya dengan suami atau tidak.Tolonglah saya ustaz supaya dapat memberi kata2 nasihat dan perangsang kpd saya.
File Upload:
Visitor IP: 175.140.84.226

Salam,

Masalah yang puan hadapi adalah berat. Pada saya elok puan merujuk kepada pejabat agama bagi mendapatkan nasihat.

Jika benar aduan ini, pada saya puan dinasihatkan untuk menuntut cerai - tebus talak - atas kerana dia telah mengabaikan tanggungjawabnya kepada puan dan keluarga.

Namun ia bukannya mudah kerana selalunya kes ini melibatkan hak suami dan kesediaan suami untuk bekerjasama dengan pejabat agama. Jika suami masih tidak mahu berubah, saya kira ia satu bala kepada perkahwinan ini. Maaf... Puan mintalah nasihat daripada pejabat agama, mungkin ada jalan untuk membantu.

Sebagai seorang muslim, tentunya kita tidak boleh berputus harap. Teruskan berdoa dan berikhtiar untuk dia berubah.. Mana tahu jika dia menemui jalan HIDAYAH, dia akan insaf dan kembali ke jalan Allah. Pokoknya, manusia tidak beriman, dia bisa melakukan apa sahaja perkara haram dan keji... Berdoalah supaya suami puan sedia untuk berubah..

Maaf n tk





Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA