Nama*: | min |
Alamat Email: | yasmin9779@gmail.com |
Tajuk*: | cerai taklik |
Message*: | assalamualaikum ustaz.. ini cerita saya..saya berasal dari selangor, 5 tahun lepas suami saya terpaksa ke kedah untuk menguruskan syarikat perushaan ayah saya. dalam masa itu berlakulah apa yang saya percaya sebagai fitnah kepada suami saya dan ayah saya pula, mempercayai fitnah2 tersebut. disebabkan perkara ini suami saya terus tidak dapat balik kepada saya kerana kami tinggal serumah dgan ibubapa saya yang kebetulan bapa saya bulat2 percayakan fitnah orang luar dari suami saya.ini menyebabkan tekanan yang amat teruk menimpa kepada suami saya yang meyebabkan dia terus meninggalkan kerja dia dan agak jobless sepanjang beberapa tahun ini.saya pulak tak bekarja.suami saya sekarang tinggal bersama ibubapanya.walaupun sepanjang 5 tahun kami berpisah kami tak pernah putuskan hubungan,kami akan telefon setiap hari menanyakan khabar.mengenai nafkah pulak suami saya kadang2 3-5 bulan sekali barulah boleh memberi walaupun tidak banyak.saya redha dengan situasi kami.hubungan saya dengan mertua saya, alhamdlillah baik sekali.suami saya berusaha untuk menjadi seorang suami yang baik dan sedang berusaha hendak membawa saya kembali kesisinya.sejak akhir2 nie suami saya kerap balik melawat saya dan anak2 walaupun hanya untuk 2-3 malam.dan baru2 ini dia telah mendapat perkerjaan yang agak baik sebagai permulaan hidup kami.soalan saya sekarang ini adakah situasi saya ini dikira sebagai taklik? |
File Upload: |
Salam.
Oleh kerana suami tidak pernah melafazkan cerai, maka pan masih lagi menjadi isterinya yang sah. Hubungan suami isteri masih sah dan halal.
Oleh kerana suami tidak pula melafazkan taklik untuk bercerai, maka tidaklah jatuh talak.
Jika ada pun lafaz taklik semasa majlis akad nikah dahulu, ia biasanya disebut; 'jika isteri tidak tertahan lagi -setelah ditinggalkan suami begitu sahaja @ tidak dibayar nafkah, dan puan mengadu ke pejabat kadi, maka jatuhlah talak satu.' (lebih kurang begitulah bunyinya)
Dalam kes ini, puan tidak membawa kes ini ke mahkamah maka ia tidaklah jatuh talak.
Moga berbahagia...tk
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.