Friday, May 17, 2013

Soalan: Sumpah

Nama*:Insan Musykil
Alamat Email:
Tajuk*:Sumpah
Message*:Assalamualaikum Ustaz,

Saya ada sedikit kemusykilan berkaitan dgn sumpah;

1) Seseorang itu berniat bersumpah atas nama Allah ke atas sesuatu perkara tapi dia membatalkan disaat-saat akhir? Adakah dia dikira berdosa di sisi Allah SWT kerana tidak meneruskan sumpahnya?

2) Seseorang telah bersumpah atas nama Allah ke atas sesuatu perkara. Selepas itu timbul keraguan yang mengatakan sumpahnya itu tidak sempurna. Dia yakin ini adalah gangguan syaitan. Dia tewas dgn godaan syaitan dan berniat untuk bersumpah semula, tetapi dia batalkannya saat2 akhir kerana fikir tiada faedahnya dan dia juga berfikir sumpah tidak boleh dibuat main-main. Apakah hukumnya Ustaz. Perlukah dia bersumpah juga sebab dia sudah berniat untuk bersumpah tadi?

3) Perlukah seseorang yang mengalami penyakit was-was bersumpah atas nama Allah untuk meyakinkan dirinya atau cukup sekadar dengan yakin sebenar-benar yakin pada hati dan diri sendiri.
File Upload:
Visitor IP: 202.78.26.20

Salam,

1. Sumpah tidak boleh dipermainkan. Soal dia menarik balik sumpahnya tidak menjadi halangan kepadanya kerana ia adalah pilihannya sendiri.

2. itu kes sumpah-sumpah... hehe.. sori

3. Saya amat tidak suka seorang yang was-was. Itu sebab saya macam tak nak jawab je soalan macam ni... lagi lagi was was.. Sdr rakam je la setiap apa sahaja percakapan n perbuatan yang dibuat, supaya boleh dirujuk untuk menghilangkan was-was.. sori berlori-lori...

tk

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA