Nama*: | hamba Allah |
Alamat Email: | alam90@yahoo.com.my |
Tajuk*: | mohon penjelasan mengenai makna niat dalam lafaz kinayah cerai |
Message*: | Salam ustaz, Lafaz talak secara kinayah jatuh jika disertakan dengan niat utk bercerai. Apakah erti niat adakah niat sebelum melafaz atau semasa melafaz. Tetapi jika semasa melafaz, niatnya tidak utk bercerai macam mana tu ustaz. Ringkasannya..,apakah yang dimaksudkan niat dalam situasi tersebut |
File Upload: |
Salam
Lafaz kinayah ialah lafaz yang tidak jelas, tidak langsung menyebut TALAK atau CERAI tetapi difahamkan ada maksud untuk berpisah. Contohnya lafaz; Pergilah balik rumah emak kau; Keluar kau dari rumah ini; Aku tak ingin tengok muka kau lagi di sini.. dsb..
Lafaz seperti ini hendaklah disertai dengan niat KETIKA ia dilafazkan, maksudnya ketika lafaz itu diucapkan, adakah maksudnya ialah CERAI atau maksud pada zahir ayat semata-mata. Jika ia berniat CERAI, maka jatuhlah talak. Tetapi jika ia sekdar maksud yang tertera, terzahir; maka tidaklah lagi jatuh talak.
Namun ia perlu berhati-hati..
tk.
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.