Monday, May 20, 2013

Soalan: Pengorbanan ibu mertua..

Nama*:Mellysa
Alamat Email:Mellysa.marsya@gmail.com
Tajuk*:Pengorbanan ibu mertua..
Message*:Assalamualaikum ustaz. saya mellysa, saya nak tanya dengan ustaz mengenai suami saya. ceritanya begini. beberapa hari lepas saya bergaduh dengan suami saya.saya tidak layan dia malam tu. kebesokannya dia tak cakap apa-apa dengan saya.dua hari dia tak balik rumah.selepas itu dia hantar mesej mengatakan dia nak bajunya.dia cakap dia lagi aman duduk di hostel dari rumah.dia cakap duduk rumah bukan ada apa-apa pon. bukan sekali dua dia buat saya macam ni.dah selalu gak dia buat saya.setiap hari jumaat dia akan pergi keluar sabtu dan ahad tu dia dh tak tahu pergi mana.malam isnin baru balik.bila saya tanya di jawab boleh tak jangan bising.saya sabar dengan perangainya selama 3 tahun. saya bukan nak memburukkan suami saya.tapi selama nie boleh kira berapa kali dia bgi saya duit belanja.bila saya minta macam2 alasanya.saya terpaksa mencari nafkah sendiri untuk sewa rumah, bayar duit motor,duit susu anak lagi.selamat saya masih duduk dengan ibu saya. kadang2 tu saya tersepit, ibu saya yang tolong membelikan susu dan pampes tuk anak saya.saya terpaksa meminjam dengan rakan saya untuk beli susu anak.dia hanya tahu balik dan nak tido dengan saya.bila saya taknak layan dia cakap saya nie derhaka dengan dia.

Pada hari yang dia minta bajunya. dgm perasaan mrh saya mempeking memasukan kesemua bajunya kedalam bag.saya tak tahu kenapa saya rasa marah dan rasa macam ditipunya salama nie.malam itu juga tuan rumah tu mengatakan nak jual rumah tersebut.saya dan ibu saya panik sebab kami tidak ada rumah.kami masih lagi menyewa rumah.bila saya hantar sms kepadanya mengatakan tuan rumah nak jual rumah dia balas "Kau dah halau aku dari rumah.kau nak buat apa sekarang nie buat lar.aku taknak amek tahu."bila saya baca saya rasa sedih dan rasa marah sangat dan saya balas smsnya "kalau kau dah taknak ambil tahu hal aku kau ceraikan aku." dia balas "Ok..aku pon dah tak nak simpan kau.selasa nie aku nak ceraikan kau kat jabatan agama."saya betul-betul sedih dengan tindakannya itu.lepas itu dia sms saya "Lepas aku ceraikan kau aku nak tukar agama.lepas tu aku nak wat apa yang aku penah wat dulu".saya tak tahu lar ustaz.saya dah cuba bentuk dia.saya selalu ajak dia sembahyang bersama-sama.macam2 alasannya.
Kadang2 sy malu dgn sikap suami sy,sedangkn ibu sy hya tukang jahit secara kecil2 shj dirumh..tetapi ibu sy ttap lyn dia dgn baik.pernah dulu dia tak kerja selama 6bulan.masa tu sy trngah sarat mengandung.ibu sy yg jaga kami.bila sy ckp nk cri kerja.dia xbgi alasan mngandong.bila dy nk senangkan hti sy dia akn ckp"nnt abg dh ada duit abg byr blik duit mama".tpi hakikatnya bila dia ada duit lgsg xingt kami.sy ttp bersabar dgn dia sbb sy fkir ank sy.
Jikalau saya pergi jbtn agama membyar RM10.mahkamah akn menjatuhkan talaq 1 kpd sykan.tpi prosedurnya rumit tak.sbb sy perlu berkerja untuk cri nafkah.
saya minta tolong bagi jawapan untuk saya.perlukah saya terus bersama dengan nya??atau Allah dah bagi saya jalan untuk keluar dari sensara ini.saya berharap ustz dapat bagi bantu saya dengan beri jawapan.sekian assalamualaikum..
File Upload:
Visitor IP: 203.82.94.62

Salam Puan Mellysa,

Kes ini memang berat kepada puan dan keluarga yang mengalaminya.

Dari segi talak, ternyata tiada lafaz talak yang disebut untuk menjatuhkan talak/cerai. Dia hanya sebutkan Selasa ni.. yang maksudnya akan datang; akan datang tidaklah menjatuhkan talak. Dari sudut hukumnya, dia masih menjadi suami puan yang sah.

Masalah pengabaian tanggungjawab seorang suami seperti ini amatlah memalukan lelaki di seluruh dunia! Sudah ada status suami tetapi masih tidak mahu bertanggungjawab. Memalukan dan jijik.

Saya cadangkan puan berikhtiarlah untuk memutuskan hubungan dengan menuntut fasakh daripada pejabat agama. Pergilah berjumpa kaunselornya dan mohon untuk berpisah kerana mungkin itu yang terbaik kpd puan daripada terus diabaikan sepanjang masa.

Di samping itu, dalam banyak dugaan yang dihadapi, marilah kita kukuhkan ikatan kita dengan Allah. Bawalah solat sunat, bertaubat dan banyakkan zikir agar ada laluan yang Allah berikan menajdi lebih baik kpd kita.

tk


Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA