Saturday, May 25, 2013

Soalan: CERAI

Nama*:Fiza
Alamat Email:nrhafiza@ymail.com
Tajuk*:CERAI
Message*:Salam ustaz... mohon perjelaskan situasi ini..

Sepupu sy telah mendapat msg berbunyi mcm ni "Jgn nk cabar amboi deh.,,klu nk sgt.. Pkul 5.01 xkelik lg jatuh talak 1."

Utk pengetahuan ustaz...suaminya tak bekerja, tapi buat alasan dgn menjaga anak2...jika bekerja kos pengasuh mahal (dgn ank 5 org - 4 perempuan, 1 lelaki)... Sepupu sy mmg tak tahan dgn perangai suaminya yg panas baran...(suaminya ada main dgn pil kuda). Untuk pengetahuan ustaz juga...sejak dari sepupu sy mengandung ank ketiga lg nk bercerai (waktu ni suaminya cabar..."klu mung pergi kt Balai Islam, br aku cerai..."...dan wktu tgh mengandung ni, sepupu sy kene pukul, tampar..)

Tapi baru-baru ini, sepupu sy dpt msg tu...secara langsung terus sy bw sepupu ke bahagian mahkamah syariah, dgn kehendak dia nk teruskan proses bercerai...failkan cerai...Sepatutnya perbicaraan pada 22/5/2013..tapi sepupu sy tak menghadirkan diri bersama suami (waktu ni dia dibawah oengaruh suami !!!)... Untuk pengetahuan ustaz...keadaan agak rumit sbb, sepupu skrg tgh mengandung anak ke 6 !!! (tapi dah fail kn kes cerai)

Dan sekarang....suaminya menggunakan alasan anak2, dan telah kembali tinggal bersama... (masih jgk tidak bekerja) semua keperluan anak2, belanja, sewa rumah, kereta, motor, sekolah anak2...semuanya skali...sepupu sy yg tanggung SEPENUHNYA...
Sekarang sepupu sy seolah-olah mengikut shj...(seperti dia di pukau di sihir...jd mcm lembu kena cucuk hidung - keadaan separuh sedar)

Untuk pengetahuan ustaz juga, selama 7 thn kwin...hanya nafkah batin SAHAJA yg sy nampak...nafkah ZAHIR langsung tiada...selama 7 thn jgk..segala duit simpanan sendiri, simpanan anak2 habis..barang kemas sendiri, brg kemas anak2 satu utas pun dah tiada... (bila sy berbicara soal ni dgn sepupu sy...dia seolah-seolah membela suaminya...suaminya baik, tak amik pil kuda, jd anak2, sembahyang...) Suaminya mempergunakan isteri...tak bg isteri bw kereta sendiri, duit gaji dia yg control...

Yang sy sedih adalah....Sepupu saya bukan lg sepupu yg sy kenal dulu...dia mcm org BODOH!!! Tak da hala tuju !! kereta motor bkn dia yg bw...tp suaminya (yg takda lesen sampai skrg) Sy risaukan masa depan anak2 sepupu yg cerdik pandai...tp terabai!!

Soalan sy adalah...mcm mana nk selesaikan kes yg mcm ni...sedangkan kes cerai telah di failkan dan sepupu sy tgh mengandung 6 mgg...Dan mcm mana sy nak bantu pulihkan sepupu sy??? Tolong sy ustaz...sy tau sepupu sy menderita & teraniaya dari riak wajahnya...tapi mulut berat nk bercerita...mata dah tak nampak perbuatan suaminya...

Terima kasih ustaz...jika ustaz sudi memberikan pertolongan, dgn menjelaskan situasi rumit ini...

FIZA
File Upload:
Visitor IP: 113.210.137.170

Salam Puan Fiza.

Merujuk pada kes ini, pertamanya elok puan bantu sepupu itu dengan membawanya berubat dengan kaedah perubatan Islam. Carilah sesiapa guru yang baik dan dipercayai untuk memulihkan kembali ingatannya, terhindar daripada sihir.

Setelah dia pulih, mungkin baiknya dibawa kembali kes permohonan cerai di mahkamah.

Itu yang dapat saya cadangkan. Bantulah dia sebaiknya.

tk


Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA