Soalan: lafaz cerai taklik
Nama*: | fauziah ahmad |
Alamat Email: | dayangariani@gmail.com |
Tajuk*: | lafaz cerai taklik |
Message*: | Suami dan saya sering berselisih faham.. suami sering menghina saya dengan kata2 kesat.. disebabkan tidak tahan saya meminta suami menceraikan saya.. dia sering menjawab aku memang nak ceraikan hang.. cuma aku tak kaya.. kalau aku kaya dah lama aku ceraikan hang.. dia menuduh saya curang dan selalu juga berkata kalau hang mengaku hang sukakan si... hang nak kan dia aku boleh ceraikan hang sekarang jgk... hang boleh p kawin ngan dia.. adakah jatuh talak jika saya sengaja mengaku sukakan lelaki itu. |
File Upload: | |
Salam Dayang,
Jika puan mengaku sayangkan lelaki itu, suami puan perlu melafazkan talak/cerai untuk menjatuhkan talak, seperti yang saya faham dalam kes ini. Saya faham ucapan suami lebih berbentuk ugutan untuk taklik.
tk
Visitor IP: 118.101.236.31
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.