Tuesday, February 19, 2013

Soalan: hukum bersetubuh setelah beberapa jam diceraikan melalui pesanan ringk

Nama*:nor
Alamat Email:cnorhasni@yahoo.com.my
Tajuk*:hukum bersetubuh setelah beberapa jam diceraikan melalui pesanan ringkas..
Message*:salam ustaz..jika suami ceraikan sy melaui sms..cth amninah bt abu..aku ceraikan kau dengan talak satu…jatuh kn talaknya??tp masalah skg..selepas beberapa jam suami sy menghantar sms cerai tu..kami pon bertemu..lalu kami bersetubuh..adakah halal hubungan kami..dan apakah sah penceraian kami??atau kami perlu rujuk dan tidak boleh terus bercerai??
sebab suami sy mahu ceraikan sy..sebab orang ke3..dia mahu kawen lain..dan perempuan tu mintak sy diceraikan..padahal sy x mahu bercerai..sy rela dimadukan..apa perlu sy lakukan ustaz??utk pengetahuan ustaz perempuan itu orang sarawak..padahal sebelom ini rumahtangga kami aman ja..
File Upload:

Salam Puan Nor

Mohon maaf kerana terlalu lewat membalas isu ini..

Cerai melalui SMS adalah sah dan jatuh talaknya. Dalam kes ini, ia terjatuhlah talak satu.

Persetubuhan tanpa rujuk - seperti kes ini- adalah haram dan berdosa; berzina.

Suami perlu merujuk kembali (jika masih dalam edah) dengan mengatakan atau mengajak kembali merujuk...

Soal poligami itu adalah kehendak suami.. Puan membenarkannya, maka ia lebih baik dan membantu kebahagiaan rumah tangga.

tk

Visitor IP: 175.141.99.64

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA