Nama*: | Ahmad Ali |
Alamat Email: | Ahmadali_1981@ymail.com |
Tajuk*: | Lafaz cerai |
Message*: | Assalamualaikum Ustaz Saya bertengkar dengan isteri. Saya ada melakukan sesuatu perkara yang tidak disukai oleh isteri saya dengan kawan saya.Satu hari, isteri saya menyuruh saya untuk berkata yang kalau saya berjumpa dengan kawan saya itu, maka kami akan cerai. Saya pun berkata " Kalau saya jumpa kawan saya itu, maka jatuh talak" Soalan saya 1) Jatuhkah talak? 2) Sekiranya saya terjumpa dan bercakap dengan kawan saya, adakah jatuh talak? 3) Sekiranya talak jatuh dan saya sudah rujuk kembali, adakah sekiranya saya terjumpa kawan saya itu, talak akan jatuh lagi sekali? 4) Bolehkah talak dijatuhkan untuk memutuskan silaturrahim? Saya terfikir sekiranya satu hari nanti,saya mahu ke Mekah.Sudah pasti saya perlu berjumpa dan meminta maaf dari kawan saya itu juga. Saya harap ustaz dapat membantu saya. Terima Kasih Ustaz.Allah sahaja dapat membalas jasa Ustaz. |
File Upload: |
Salam Saudara Ahmad.
Maaf kerana terlalu lama hendak dijawab... agak sibuk minggu sebelum ini..
Lafaz 'berjumpa dengan kawan, jatuh talak' adalah lafaz taklik yang jelas. Perbuatan bertemu kawan itu akan menyebabkan jatuh talak satu.
Setelah jatuh talak satu, maka lafaz taklik itu tidak terpakai lagi - terungkai hukumnya. (Boleh bertemu kawan tanpa jatuh talak).
Lafaz taklik tidak dikira atas apa sahaja isu, walaupun soal memutuskan silaturahim. Oleh itu berbincanglah dengan isteri dan mohonlah kebaikan untuk rumah tangga....
tk
Visitor IP: 175.139.94.198
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.