Nama*: | Ahmad |
Alamat Email: | ahmadsatja@gmail.com |
Tajuk*: | Ingin tahu status lafaz taklik |
Message*: | Salam Ustaz. Pada satu malam saya dan isteri saya bergaduh kerana isteri saya dapat tahu yang saya ada hubungan dengan perempuan lain (Padahal saya dengan perempuan itu sekadar adik angkat sahaja). Saya menjadi terlalu marah apabila isteri saya tidak percaya dengan penjelasan saya. Isteri saya memberitahu hal ini kepada kakak dan emaknya dan keluarga isteri saya masuk campur dan berkata akan menyelesaikan kes ini dengan membuat keputusan akan pergi berjumpa perempuan itu. Saya tidak setuju sama sekali lalu melafazkan " kalau Ina (isteri), emak atau kakak ina pergi jumpa budak perempuan tu lepas ni kita tak ada apa-apa dah"(saya tiada niat, cuma nak meredakan keadaan ketika itu). Isteri saya diam tidak berkata apa-apa dan mereka tidak berani berbuat apa-apa. Soalan saya ustaz. Adakah lafaz itu boleh ditarik balik dan sekiranya isteri saya, emak dan kakaknya 'terjumpa' dengan tidak sengaja adakah ianya jatuh talak? Terima Kasih Ustaz |
File Upload: |
Salam sdr Ahmad,
Mohon maaf kerana lewat membalas email ini.
Lafaz "...lepas ni kita tak ada apa-apa dah" adalah bergantung kepada niat suami. Jika maksud tak ada apa apa dah itu ialah cerai, maka jatuhlah cerai/talak jika isteri bertemu dengan perempuan berkenaan. Jika niat suami tiada apa-apa dah itu ialah sekadar menggugut tanpa berniat utk cerai, maka ia tidak jatuh talak jika mereka bertemu dengan perempuan berkenaan.
Pertemuan dengan perempuan itu mestilah terjadi dengan disengajakan oleh pihak isteri (Isteri pergi mencari si perempuan itu). Jika terserempak tanpa disengajakan ia tidaklah menjatuhkan talak, pada fahaman saya.
Lafaz taklik tidak boleh ditarik balik atas beberapa pendapat ulama.
Visitor IP: 175.144.239.125
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.