Nama*: | sham |
Alamat Email: | |
Tajuk*: | talak |
Message*: | Assalamualaikum ustaz.. Situasi ini berlaku semasa isteri mengandung.. 1) Isteri berkata, kalau abang main judi, kita tiada apa-apa. Suami jawab ok. 2) Di hari lain, isteri berkata, kalau abang main judi lagi, kita cerai. Suami jawab ok. 3) Isteri berkata, kalau abg main judi lagi, ANGGAP kita sudah cerai. Suami jawab ok. Kemudian isteri sudah bersalin, dan suami ada berjudi semasa isteri mengandung. Suami tiada niat cerai semasa mengiyakan apa yang dikatakan isteri. Maksud suami ialah ok untuk ke mahkamah, untuk berbincang atau menerima kaunseling. Adakah jatuh talak dalam semua situasi tersebut. Dan berapa talak yang jatuh? |
File Upload: |
Salam Sdr Sham
Maaf kerana terlalu lama hendak dijawab...
Isu 2 dan 3, menyebut OK itu ada kaitannya dengan lafaz taklik sebab ia secara jelas disebutkan CERAI. Jika benar suami mengiakan atas andaian lain (utk dapat kauseling, ke mahkamah dll) tetapi pada lafaz jelasnya ia disebut CERAI.
Oleh itu perbuatan bermain judi tidak kira semasa mengandung atau selepas mengandung boleh menyebabkan jatuhlah talak satu seperti tersebut dalam lafaz taklik yang jelas...
Dalam kes ini, jatuhlah talak satu.
tk
Visitor IP: 124.13.188.39
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.