Saturday, September 30, 2017

Soalan: cerai

Nama*:hafizuddin
Tajuk*:cerai
Message*:assalamualaikum,

semasa saya teringat isteri tiba tiba saya cakap 'cerai'. hanya perkataan itu sahaja. saya tidak berapa pasti tujuan apa saya cakap macam tu.

adakah itu lafaz soreh yg tidak memerlukan niat sebab perkataan itu soreh?

wslm.
File Upload:
Salam

Jika suami menyebut cerai dengan NIAT dan fokus kepada menceraikan isteri, maka terjadilah talak satu.

tk


Visitor IP: 60.54.55.12

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Keraguan Lafaz Cerai

Nama*:Mustafa
Tajuk*:Keraguan Lafaz Cerai
Message*:Assalamualaikum Ustaz.

Saya ada keraguan tentang lafaz cerai di bawah ini:

1. Aku ceraikan kau sekiranya aku berjudi lagi
2. Sekiranya aku berjudi lagi aku ceraikan kau

Soalan saya,

Adakah lafaz 1 & 2 ini sama? Ini kerana pada lafaz nombor 1, saya dapati ayat "aku ceraikan kau" didahulukan dan diikuti ayat "sekiranya aku berjudi lagi".

Adakah jatuh talak pada lafaz no. 1 ini serta merta semasa ia dilafazkan atau talak hanya akan jatuh sekiranya si suami berjudi lagi.

Mohon pencerahan daripada Ustaz.
Terima Kasih.
File Upload:
Salam

Ia adalah sama sahaja dari apa yang dimaksudkan oleh suami. Ia adalah lafaz taklik untuk menceraikan isteri jika suami kembali berjudi.

Apabila lafaz ini diucapkan dihadapan isteri dan isteri mengetahuinya, maka ia sah menjadi TAKLIK. JIka suami berjudi selepas itu, maka tertalaklah talak satu ke atas isteri.

tk

Visitor IP: 175.137.64.98

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, September 29, 2017

Soalan: Berkata Bye Bye

Nama*:Mie
Tajuk*:Berkata Bye Bye
Message*:Salam Ustaz....


Saya ingin bertanya pada Ustaz....Adakah perkataan Bye Bye itu satu lafaz?
Sebab saya selalu berkata bye bye pada Isteri saya tidak kira tempat dan tidak kira masa.Kadang - kadang saya bergurau dengan isteri saya dengan berkata bye bye...Saya tidak ada niat dan saya yakin tidak lafaz....


Soalan saya....Jatuh atau tidak Ustaz?


Terima Kasih
File Upload:
Salam

Bye bye memanglah lafaz. Ia adalah perkataan yang disebut dan ia adalah satu lafaz yang jelas difahami dengan maksud 'berpisah'.


Tetapi tidaklah sebodoh itu suami menyebut bye bye untuk bermaksud cerai...

tk

Visitor IP: 60.52.64.46

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: jatuh talak atau tidak

Nama*:amer
Tajuk*:jatuh talak atau tidak
Message*:assalammualaikom ustas,.sy ingin bertanyakan sesuatu . pada suatu hari sy dan isteri telah bergadoh dengan sebab yg kecik..dalam situasi teraebut saya berada dlm keadaan marah sehingga menjadi pergaduhan.dengan tidak segaja dan tidak berniat dan saya berkata

1.kalau kau(isteri) keluar dri pintu bilikni aku akan cerai..

ayat itu saya tidak habiskan ketika itu dan saya terdiam kerana terkejut.tanpa saya sedar bahawa ayat cerai terkeluar dri mulot sy sndiri .tetapi saya tidak meneroskan lafas selanjotnye iaitu(talak).sehingga sekarng isteri sy tidak keluar bilik..adakah jatuh atau tidak.
File Upload:
Salam

Lafaz di atas adalah lafaz yang jelas dan terang membawa maksud TAKLIK, iaitu larangan keluar bilik ke atas isteri yang membolehkan terjadinya talak. lafaz itu adalah sah kerana ada perkataan CERAI. (Cerai dan TALAK adalah maksud yang sama).

Cuma dalam kes ini, terjadilah satu kebodohan kepada suami kerana melarang isterinya keluar bilik yang akan mengakibatkan terjadinya talak... Dan isteri terpaksa memerap di dalam bilik kerana takut talak akan terjadi... so how?

CUba tanyakan pendapat ustaz lain, jika ia boleh membantu.. maaf saya tak dapat nak bantu.

tk

Visitor IP: 115.164.88.242

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, September 28, 2017

Soalan: Yakin tidak lafaz dan tidak terlafaz

Nama*:Mad
Tajuk*:Yakin tidak lafaz dan tidak terlafaz
Message*:Assalamualaikum wbt

Ustaz, saya nak bertanya :

1/. Saya ada beritahu pada rakan saya (rakan sekerja) yang saya terlafaz seorang diri...Rakan saya kata tidak jatuh....Saya beritahu pada dia begitu disebabkan saya mengalami gangguan was was....saya yakin tidak lafaz dan saya yakin tidak terlafaz....Jatuh atau tidak Ustaz?Perlukah saya berjumpa dengan rakan saya untuk beritahu semula yang saya yakin tidak lafaz dan saya yakin tidak terlafaz?

2/. Suatu hari tu....Saya ingin menghantar borang pertanyaan kepada Ustaz.Semasa saya sedang menaip borang tersebut...saya berhenti sekejap untuk membuat kerja lain (kerja pejabat)...kemudian saya ingin sambung semula untuk taip borang tersebut secara tiba - tiba komputer saya break down...Saya buka semula komputer tersebut dan saya tengok borang yang saya taip telah hilang (ayat hilang)....Saya jadi was was....Saya yakin tidak lafaz dan tidak ada niat....Jatuh atau tidak Ustaz?


Terima Kasih...
File Upload:
Salam

Lafaz cerai boleh terjatuh sama ada dilafazkan bersendirian oleh suami, atau disaksikan oleh sesiapa sahaja. Lafaz talak tidak memerlukan saksi. Jika suami pastikan dia sebut CERAI dan ia ditujukan kepada isterinya, maka ia akan menjatuhkan cerai ke atas isterinya.

Yang isi borang tu, tak ada kaitan dengan talak.. apa nak dirisaukan..

PErgilah belajar sikit ilmu fiqh munakahat. belajarlah perkara talak dan rujuk dan dengan ilmu sahaja baharulah anda akan YAKIN dengan apa tindakan yang dibuat... tanpa ILMU, anda akan kekal dalam keraguan dan tidak tahu..

tk 

Visitor IP: 60.52.64.46

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Adakah ini dikira taklik ?

Nama*:Khairi
Tajuk*:Adakah ini dikira taklik ?
Message*:Assalamualaikum ustaz, sy dan Isteri ada bertengkar dan dlm keadaan marah sy ada menyatakan kalau nak bercerai boleh dengan syarat saya nak hak penjagaan anak selama dua hari dalam seminggu dan saya akan buat surat perjanjian bertulis yg ditandatangani bersama supaya isteri tak ingkar

Dalam dua jam isteri saya msg menyatakan ok. Adakah ini dikira taklik ? Dan dalam keadaan marah pd malam itu juga saya menyatakan "esok aku ceraikan kau" namun keesokan harinya saya tidak melafazkan cerai dan surat perjanjian juga saya tak pernah buat sbb niat sy hanya utk ugut isteri supaya takut untuk bercerai

Apakah hukum permasalahan saya ini,
File Upload:
Salam

Tiada lafaz cerai yang jelas disebut, maka tidaklah terjadinya talak..

Lafaz 'ESOK aku ceraikan kau' ia belum lagi terjadi... sehinggalah keesokan harinya, jika disebut lagi oleh suami.
tk

Visitor IP: 115.132.113.70

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, September 26, 2017

Soalan: soalan

Nama*:mahfuz
Tajuk*:soalan
Message*:salam ustad

saya ada pertanyaan...pada satu hari saya sedang bersendirian...baru lepas bertengkar dengan isteri...kemudian terlepas dari mulut saya perkataan "isteri tertolak"....saya sebut tertolak....semasa menyebut tiada niat apa2 utk berpisah...cuma ayat itu terkeluar mungkin akibat terlalu memikirkan hal pergaduhan..apakah hukumnya ustad..
File Upload:
Salam

Jika tidak ada niat untuk cerai, ia tidak terjadinya cerai.

tk


Visitor IP: 175.144.94.179

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: pening

Nama*:mahmud
Tajuk*:pening
Message*:salam ustad,

semalam saya sedang menulis kiraan di buku...sedang saya menulis perkataan 2cm...ketika menulis perkataan 2 tersebut, terlintas di hati " 2 tal** " risau saya ustad..padahal niat asal saya hanya hendak menulis perkataan 2cm...apakah hukum tersebut ustad
File Upload:
Salam

Hilangkan penyakit was was anda.. ia menyusahkan hidup anda.. perhatikan orang lain yang senang lenang tanpa diganggu syaitan was-was...

Ia tidak menjatuhkan talak.

tk

Visitor IP: 175.144.94.179

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Keliru

Nama*:Farah
Tajuk*:Keliru
Message*:Assalamualaikum

Ustaz ,sy nk bertanya..pada suatu hari tu,sy dan suami bergaduh,jika suami mengatakan seperti ini 'kalau nak jadi isteri aku,jaga perangai kau' 'kalau nak jadi'. Tiada kaitan dengan lafaz talak kn,ustaz?

Terima kasih
File Upload:
Salam

Ia ugutan daripada suami.. suami tidak ada sebutkan tentang talak mahupun taklik.

tk


Visitor IP: 118.100.246.16

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: pertanyaan

Nama*:anira
Tajuk*:pertanyaan
Message*:Asalamualaikum

Semasa saya selisih faham dengan suami tentang makanan. Dia marah dan cakap 'aku haramkan kau makan benda tu'

Saya tanya suami apa yng dia lafaz. Adakah sumpah. Dia cakap dia marah je. Bukan sumpah sebab dia tak sebut nama allah pun. Kalau sumpah apa yg kami perlu buat sebab suami tak kisah pun saya makan makanan tu.
File Upload:
Salam

Bagusnya suami anda.. terus haramkan makanan yang halal.. hehe.. sabar je lah..

Ia tidaklah sampai mengharamkan apa yang puan hendak makan..

ok..



Visitor IP: 183.78.47.229

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, September 25, 2017

Soalan: hutang

Nama*:zila
Tajuk*:hutang
Message*:Assalam ustaz..sy isteri bekerja dan gaji sy lbh tinggi drp suami. Nafkah diveri RM100 sebulan dr dulu hingga skg dh 20 thun berkahwin. Perbelanjaan dapur suami beri RM250. Jika tak cukup saya kena tanggung. Segala perbelanjaa lain suami akan kira kongsi 50-50. Walaupun untuk makan dan belanja pakaian. Sy pernah suarakan tidak puas hati tapi suami melenting..sejak itu sy hanya diamkan diri krn x sanggup bergaduh dan bertekak. Hingga sekarang saya dh berhutang hmpir RM8000 dengan suami atas kos perbelanjaan isi rumah. Wlpn gaji sy lbh tinggi tp sy sentiasa guna duit gaji sy untuk anak2 dan diri sndri hingga setiap bulan gaji habis..sy amat sedih sbb sy x blh nk bela diri sndri.
File Upload:
Salam

Suami isteri tidak kira berapa pun pendapatannya, perlu berbincang dalam menentukan corak perbelanjaan rumah tangga. Sewajibnya suami menafkahkan semua perbelanjaan rumah, tetapi realiti kita sekarang, ia tidak pernah cukup. So, lazimnya suami dan isteri berkongsi menguruskan perbelanjaan rumah tangga.

Soal berkongsi inilah yang perlu dijelaskan butirannyaa, agar isteri tahu apa yang perlu dibantu dan suami pula tahu tugas dan amanahnya.

Jika dari awal perkahwinan, suami isteri tidak jelas, maka ia akan menimbulkan kes seperti ini.

Sekarang eloklah saya cadangkan puan bawa kes ini ke kaunserlor. Mereka boleh bantu memberi nasihat.

Pada saya, suami isteri seharusnya tidak ada hutang tertunggak.. jika ada pun, kira halal lah sebab itukan rumah kita juga.. anak-anak kita juga..

maaf n tk

Visitor IP: 60.53.187.93

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz taklik

Nama*:zarazya
Tajuk*:lafaz taklik
Message*:Assalamualaikum ust. Terima kasih.


1. Suami pernah melafaz taklik berbunyi 'Jika sekarang ini kau jumpa skandal atau lepas ini kau buat apa jua jenis maksiat, jatuh talak 1'.

Soalan: Adakah semua jenis maksiat ini umum. Cth, jika saya tidak solat itu juga salah satu maksiat, Adakah jatuh talak itu.

2. Kemudian kami bercerai secara lafaz soreh.

Soalan: Adakah taklik itu valid lagi
File Upload:
Salam

Taklik itu sudah tidak valid lagi untuk rujuk atau akad nikah baharu..

Taklik itu hanya terpakai pada nikah yang sebelum talak itu terjadi sahaja.

tk.

Visitor IP: 211.24.250.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, September 24, 2017

Soalan: Pinjaman Bank

Nama*:Ingin Tahu
Tajuk*:Pinjaman Bank
Message*:Assalamualaikum... Ustaz, di sini sy ada sedikit persoalan... Sekiranya kita berkata "Nak bayar ansuran boleh, tapi buat loan dengan bank" adakah jatuh murtad? Seperti yang kita tau bank mengamalkan riba dimana hukumnya haram... Slps berkata begitu sy bru sdar & tiada niat dihati @ kehendak untuk menghalalkan riba kerana sy sedar riba itu haram & berdosa besar... Bantu sy ustaz, sy betul2 dalam kerisauan...
File Upload:
Salam

Ia tiaklah sampai memurtadkan kita.. sisterm perbankan kini pun dah banyak yang islamik  yang wujud di malaysia ni.. saudara ingin tahu ini lahir di mana ya?

tk

Visitor IP: 42.153.36.139

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Antara kasihan, anak dan cinta

Nama*:Am
Tajuk*:Antara kasihan, anak dan cinta
Message*:Assalam ustaz. Sy perkenalkan diri sy. Lelaki 36tahun sudah 4 thn berkahwin ada 2 ank. Sy ada isteri dan seorg kekasih. Baru2 ini sy kantoi dengan kekasih sy yg sy belum bcerai dengan isteri sy. Tapi sy sayang dia ustaz, selama ni sy terpaksa simpan dia sampai sy rasa boleh selesaikan masalah sy. Tp sy buntu. Antara kasihan, ank, dan cinta. Dulu sy berkahwin dengan isteri saya sebab terpaksa kerana terlanjur. Sy tak kenal dia. Sy bertanggungjawab dan kahwin dengan dia. Tapi sampai sekarang sy tak cintakan dia. Sy hanya blk ke malaysia 2bln sekali semata untuk bawa ank jumpa ibu nya. Sorg tinggal dengan sy. Sy bekerja di overseas. Sekarang sy bertahan kerana fikirkan anak2.. tp sy terlalu sygkan kekasih sy. Dia terlalu baik. Dia langsung tak marah bila tahu saya tipu dia selama ni. Sy tak sanggup nk lepaskan dia. Dh 4 thn dia tunggu sy tanpa tahu sy belum becerai dgn isteri sy. Sebelum ni dia tahu sy pernah kwin sebab terlanjur dan ada seorg ank. Tapi dia tetap terima sy seadanya. Dia tolong sy blajar agama. Sy terlalu sayangkan dia.
Ustz sy mohon pendapat ustz utk sy keluar dari mslh ini. Terima ksh ustz. Allah shj yg mampu bls jasa ustz. Wslm.
File Upload:
Salam

Pekahwinan memerlukan kebahagiaan dan keserasian. Jika mampu, kahwinlah dengan kekasih anda itu, dan kekalkan isteri pertama dengan sebaiknya.

Isteri pertama pula tidaklah ada cacat celanya, hanya kerana suami  yang merungut kononnya tak cinta.. kalau tak cinta kenapa dah ada dua orang anak?

Ginilah.. lebih baik berpoligami daripada terjebak ke dalam maksiat dan membawa kesengsaraan kepada isteri pertama..

tk

Visitor IP: 115.164.220.12

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, September 22, 2017

Soalan: Lafaz cerai suami

Nama*:Siti
Tajuk*:Lafaz cerai suami
Message*:Assalamualaikum ustaz

Semalam saya dan suami bertengkar.
Dan suami saya berkata, "kalau kau tak tahan dengan keluarga aku, kau balik kampung kau, kita cerai. Anak anak biar aku yang jaga". Jadi pagi tadi saya tanya pada suami adakah apa yang dia maksudkan "kita cerai" memang disertai dengan niat untuk menceraikan. Dan suami cakap, dia tak berniat nak ceraikan saya cuma dia marah dan hanya menyatakan ayat tersebut tanpa niat. Adakah jatuh talak pada saya ustaz?
File Upload:
Salam

Ia tidak jatuh talak selagi mana suami tidak menyebut talak dengan jelas. sekadar sebutan KALAU, ia tidaklah menjatuhkan talak.

tk

Visitor IP: 115.164.186.38

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, September 21, 2017

Soalan: soalan

Nama*:hamba Allah
Tajuk*:soalan
Message*:salam ustad,

ketika bertengkar dengan isteri, saya berkata "kejap lagi pkol 9" kemudian saya berhenti bercakap kerana saya cuba kawal kemarahan saya " tetapi saya tersebut didalam hati "aku ce***"..apakah hukumnya disini ustad..saya hanya melafaz "kejap lagi pkol 9" dan selebihnya hanya disebut didalam hati dan tidak didengari
File Upload:
Salam

Cerai perlu dilafazkan dengan jelas.. Jika lintasan sahaja, ia tidaklah menjatuhkan talak.

tk

Visitor IP: 113.210.251.190

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Tak Tahu Apa Niat Sebenar

Nama*:Rusli Ahmat
Tajuk*:Tak Tahu Apa Niat Sebenar
Message*:Salam Ustaz

Baru-baru ini saya ada bergaduh dengan isteri, orang perempuan ni memang selalu menyakitkan hati, bila kita tak suruh jawab, dia menjawab, bila kita suruh jawab, dia diam pula tak mahu jawab, memang sakit hati dibuatnya.

Oleh kerana pergaduhan telah tercetus, asyik bergaduh sahaja, saya pun berkata begini "saya dah tak boleh nak hidup dengan awak macam ni lagi" dan "saya dah tak boleh"

Selepas saya cakap begitu, selepas beberapa minit, saya tak tahu apa niat saya ketika saya kata begitu.

Niat tak tahu...

Bermain-main di fikiran saya sekarang dan hati berasa ragu ragu was was, apa yang perlu dilakukan ustaz?

Terima kasih ustaz.
File Upload:
Salam

Tanpa adanya niat cerai, maka ia tidak dikira TALAK. Talak memerlukan lafaz yang jelas dan terang..

tk

Visitor IP: 207.244.71.163

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, September 20, 2017

Soalan: Minta Penjelasan

Nama*:Ri
Tajuk*:Minta Penjelasan
Message*:Salam Ustaz....

1/. Saya yakin tak lafaz seorang diri dan yakin tak terlafaz....Saya pernah hantar soalan pada Ustaz....Dalam soalan itu saya mengatakan saya terlafaz seorang diri dan berkata semula ayat yang telah terlafaz...Saya yakin Tidak Lafaz dan Tidak Terlafaz.....Saya yakin cakap dalam hati,hanya dalam hati dan cuma lintasan hati.Kerana gangguan was was...saya cakap terlafaz dan berkata lafaz....Jatuh atau tidak Ustaz?Saya pegang pada Yakin tidak lafaz dan Yakin tidak terlafaz pada awal awal lagi.....

2/. Dalam ayat berkata semula saya telah tertaip perkataan berkata lafaz....Saya yakin tak lafaz dan saya tidak ada niat.....Jatuh atau tidak Ustaz?

3/. Saya ada beritahu pada pegawai agama,yang saya Yakin Tak lafaz dan Yakin tidak terlafaz pada Isteri.....Ini pun cuma seorang diri (ayat tergantung). Sebenarnya saya nak cakap begini.....Ini pun cuma seorang diri Saya pun Yakin tak lafaz dan Yakin tak terlafaz....Jatuh ke atau tidak Ustaz?


Terima Kasih
File Upload:
Salam

banyakkan istighfar dan berzikir. Usah dilayan was-was dan keragauan yang sering mendatang dalam hidup tuan..

tk

Visitor IP: 175.139.130.0

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: rujuk guna wasapp atau sms

Nama*:fazli
Tajuk*:rujuk guna wasapp atau sms
Message*:assalamualaikum.
saya ingin bertanya jika suami tulis wasap seperti dibawah:

sudi tak ayang abg pegang kuat ayg kembali..setia ngn abg.
(dengan niat rujuk)

isteri balas
sudi bang...ayg ikhlas menyayangi abg.

adakah rujuk ini sah?

terima kasih ustaz kerana membantu
File Upload:
Salam

Lafaz ini sah untuk membawa kepada rujuk kerana adanay NIAT merujuk ketika sms berkenaan dibuat..

tk

Visitor IP: 14.1.193.82

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Suami tinggal tanpa sebarang berita

Nama*:Cik Manis
Tajuk*:Suami tinggal tanpa sebarang berita
Message*:Assalamualaikum wrt

Suami saya seorang yang sangat kedekut dan berkira soal kewangan. Oleh kerana, saya merungut tidak diberikan duit perbelanjaan kepada saya dan anak anak, suami saya keluar daripada rumah dan tidak pulang pulang sehingga kini. Memang saya tahu tempat kerja beliau, tetapi saya hanya mahukan kepastian, apakah hukumnya suami yang merajuk tadi meninggal saya dan anak anak tanpa sebarang nafkah? Adakah saya juga ikut berdosa kerana tidak pergi mencari beliau? Adakah saya berdosa kerana marahkan beliau kerana tidak mahu bertanggungjaawb soal nafkah?
Mohon pencerahan
File Upload:
Salam

Yang berdosa di sini ialah suami kerana dia tidak bertanggunjawab.
Cuma sebagi isteri, eloklah memujuknya kembali agar kembali reda perselisihan yg terjadi.

sesekali isteri mengalah itu lebih baik..

tk

Visitor IP: 210.187.81.237

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Isu Murtad

Nama*:Insan Kerdil
Tajuk*:Isu Murtad
Message*:Assalamualaikum wbt...
Ustaz disini saya ada satu pertanyaan bolehkah gurauan seperti contoh di bawah menyebabkan murtad?
1) Sembang kencang sampai berangin da sini.
Mohon pencerahan... Terima kasih ustaz...
File Upload:
Salam

Anda ni baca buku apa ni, sehingga semua benda hendak dikaitkan dengan murtad?

Sudah la tu.. pergi sekolah, dan kaji semula bab perkara yang menjatuhkan syahadah..

he he..

tk
Visitor IP: 42.153.48.147

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: tersebut

Nama*:yusuf
Tajuk*:tersebut
Message*:assalamualaikum ustad,

apakah hukum jika tersasul dari mulut perkataan "cer**"..secara tiba2 kerana asik memikirkan tentang perkara tersebut yg bermain di minda...saya berkata sebegini, " Isteriku dipukul..adikku dic****" apakah hukumnya...ketika dilafaz tidak ditujukan pada isteri...maaaf ustad...saya ada masalah gangguan yg sangat teruk
File Upload:
Salam

Ia tidak menjatuhkan talak.

CUma perlu saudara baiki dan ubati penyakit was was ini..

tk
Visitor IP: 124.13.94.201

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, September 19, 2017

Soalan: minta penjelasan

Nama*:helmy
Tajuk*:minta penjelasan
Message*:salam ustad,

saya ingin bertanya, apakah hukum melafazkan taklik tetapi secara humming..lidah tidak bergerak..saya selalu datang gangguan ingin melafaz taklik...saya cepat2 gigit lidah dan tutup mulut...hanya dengungan sahaja keluar...boleh beri pendapat ustad
File Upload:
Salam

Taklik tidak sah selagi tidak dulafazkan secara jelas di hadapan isteri.. tk


Visitor IP: 110.159.62.209

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Minta Pandangan

Nama*:En. Am
Tajuk*:Minta Pandangan
Message*:Assalamualaikum wbt....


Terima kasih Ustaz kerana menjawab soalan saya dan sudi memberi nasihat dan semangat kepada saya...Cuma saya ingin minta pandangan Ustaz,perlukah saya pergi ke pejabat agama untuk bertanya soalan yang sama seperti saya bertanya 5 soalan tersebut kepada Ustaz atau saya perlu yakin dengan jawapan Ustaz berikan.....

Terima Kasih....
File Upload:
Salam

terpulanglah kepada anda..

tk

Visitor IP: 143.192.98.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



MOHON MAAF

Saya mohon maaf kerana blog ini agak lama terhenti kerana beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dibaiki.

Terima kasih atas kesabaran pembaca.

Terima kasih kepada En Abdul Ghani Rahmat atas bantuan yang diberi..

tk

Soalan: soalan

Nama*:azman
Tajuk*:soalan
Message*:salam ustad,

saya sering diganggu perasaan ingin menyebut c***i...saya dah cuba berubat tapi tidak berhasil...

pada satu hari gangguan tersebut datang pada saya...sedang saya berjalan ..terkeluar lafaz "Aiman ce***kan..."itu sahaja yg saya sebut..Aiman adalah nama adik saya...saya tidak tujukan pada sesiapa ketika berlafaz tersebut...cuma ia keluar dari mulut secara tiba2...apakah hukumnya disini...
File Upload:
Salam

Aiman tu adik saudara ke? Jika adik, mana boleh nak diceraikan.. Isteri boleh lah diceraikan suami.

Penyakit was-was perlu diubati segera. belajarlah ilmu agama, dapatkan keyakinan diri dan jadilah manusia yang normal..

tk

Visitor IP: 110.159.62.209

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, September 18, 2017

Soalan: Gangguan Was Was

Nama*:En. Am
Tajuk*:Gangguan Was Was
Message*:Assalamualaikum Ustaz....


Saya ada 5 soalan untuk bertanya dengan Ustaz :


1/. Jika Si Suami menceraikan isterinya hanya kerana gangguan was - was,sah atau tidak?

2/. Gangguan was was perlu pergi ke mahkamah?

3/. Saya pernah pergi ke pejabat agama dan mengadu masalah saya kepada pegawai disana...Saya berkata "Saya Yakin tidak lafaz dan saya yakin tidak terlafaz.....seorang diri saya yakin tidak ada,dihadapan isteri pun saya yakin tidak ada".Kemudian saya bertanya pada pegawai lagi "Cik,berdosakah kerana saya yakin....Saya cuma takut hukuman Allah diakhirat nanti".Pegawai itu menjawab "Itu awak saja yang tahu dan awak lebih tahu".....Saya berkata lagi "Cik,saya cuma was was....Saya memang ada gangguan was was"...Saya sambung lagi "Takkanlah (disebabkan) gangguan was was saya ceraikan isteri saya".....Jatuh atau tidak Ustaz?Saya yakin tidak lafaz dan tidak terlafaz......Saya takkan ceraikan isteri saya hanya kerana gangguan was - was.

4/. Keluarga saya tahu saya ada gangguan was was....Suatu hari tu Ibu saya melihat saya dalam keadaan murung lalu bertanya "Kenapa?" Saya menjawab "Dulu saya suka isteri saya tapi sekarang entah saya tak suka" (Saya tak ingat samada saya cakap "Entah saya tak suka" atau "Entah saya dah tak suka")....Jatuh atau tidak Ustaz? Saya tidak ada niat mungkin kerana gangguan was was saya berkata begitu.Ustaz,saya sayangkan isteri saya dan anak saya...Saya sukakan mereka berdua.

5/. Saya yakin tidak lafaz dan yakin tidak terlafaz tapi was was tetap bermain didalam fikiran saya dan ia datang secara tiba - tiba.Adakah ini mainan syaitan?


Terima Kasih
File Upload:
Salam

Penyakit was-was perlu dirawat segera. Belajarlah jadi manusia yang yakin dengan diri sendiri. Nak yakin perlulah ada ilmu. Belajarlah dulu ilmu agama khasnya tentang ilmu fiqh (termasuk fiqh perkahwinan).

Banyakkan istighfar dan moga kesembuhan ini akan menyelamatkan anda daripada bala berpanjangan seperti ini.

Pada saya, was-was seperti yang dinyatakan di atas, ia tidak menjatuhkan talak.

tk

Visitor IP: 175.143.100.137

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Mohon pandangan ustaz

Nama*:Nur
Tajuk*:Mohon pandangan ustaz
Message*:Assalamualaikum..
Saya & suami sedang menonton drama cina..
Drama tu ada tulis tertera sarikata Bahasa melayu..
Sampai babak pasangan bergaduh, keluar ayat tulisan berbunyi " kita dah bercerai"..
Suami saya tekun tengok drama tu sampai matanya laju melihat subtitles melayu...
Soalan saya :
Apakah hukum bila suami baca subtitles Melayu yg berbunyi "kita dah bercerai"?..
Boleh jatuh talak ke sebab saya ada menonton sekali bersama suami?
File Upload:
Salam

Ia tidak memberi kesan apa-apa kepada status perkahwinan anda.

Suami tidak pernah menceraikan isterinya dalam kes ini.

tk

Visitor IP: 113.210.8.55

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Adakah disabit sebagai talak?

Nama*:Safina
Tajuk*:Adakah disabit sebagai talak?
Message*:Assalamualaikum..
Saya ada soalan..
Saya ,suami dan Anak² makan sarapan pagi di kedai..
Saya dan Anak²​ makan roti canai..
Bila sampai je roti canai, suami pun berkata :"kena cerai ceraikan (saya tahu yang suami maksudkan roti canai)
baru senang anak²​ nak makan roti".
Suami berkata :" abg cerai ceraikan dulu,baru senang anak²​nak makan.
Soalan saya :
Apakah hukum suami berkata begitu?
Boleh terjadi cerai ke terhadap saya (isteri)..
Mohon pencerahan ustaz
File Upload:
Salam
Cerai itukan dimaksudnya lain, bukannya ceraikan isteri, so.. tidaklah terjadinya talak..

Kena fahamkan bahasa Melayu dengan baik.. sebaiknya..

tk


Visitor IP: 113.210.8.55

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: talak kinayah, taklik, wuduk dll

Nama*:amran
Tajuk*:talak kinayah, taklik, wuduk dll
Message*:aslm ustaz, saya ada beberapa soalan yg diperlukan jawapan
1. talak kinayah berniat perlukan dua maksud samada talak atau tidak. sekiranya maksud bukan talak tetapi berniat mcmana pula. contohnya 'aku makan nasi' dalam hati ada niat talak. adakah itu termasuk talak kinayah atau lintasan niat semata mata?
2. bolehkah berlakunya taklik tanpa pengetahuan isteri? bolehkah taklik ditarik balik tanpa maklumkan kepada isteri?
3. bolehkah saya guna pendapat lain seperti wuduk tak terbatal apabila bersentuhan dengan isteri tanpa shahwat. seperti mazhab hanafi tetapi solat dan angkat wuduk menggunakan mazhab shafie.
4. saya pernah melihat gambar isteri dalam masa yang sama tak tahu mcmana menyebut gambar jandaku tanpa pasti apa niat masa tu. jatuhkah talak.
5. mana lebih afdal? berzikir dalam hati atau berlafaz. berdoa dalam hati atau berlafaz
tk. waslm
File Upload:
Salam

1. Talak kenalah disebutkan dengan jelas, jika lafaz kinayah pun ia membawa maksud kepada perceraian, bukannya pada makan nasi pun nak dikaitkan dengan talak.. itu sudah tidak betul.. kurafat..

2. Taklik hendaklah dilafazkan di hadapan isteri, agar isteri tahu apa larangan  yang dibuat. Jika isteri tak tahu, tidaklah dikira sah taklik berkenaan.

3. Boleh gunakan pendapat mazhab lain setelah anda baca buku dan fahami kaedahnya..

4. Ia tidak menjatuhkan talak

5. kedua-duanya baik.. ada ketika berzikir dalam hati, ada ketika perlu dilafazkan sebagai ingatan dan kekuatan ingatan kepada zikir yang disebut.

tk

Visitor IP: 183.78.47.91

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA