Soalan: Pengesahan lafaz talak
Nama*: | HIdayah |
Alamat Email: | watie2173@gmail.com |
Tajuk*: | Pengesahan lafaz talak |
Message*: | Salam Tuan,
Saya dan suami telah tidak tinggal sebumbung lbh 2 tahun. Baru-baru ini, suami telah menghantar email kepada saya (email yg biasa suami guna utk berhubung dgn saya sebelum ini) dengan melafazkan berbunyi "Jadi mulai hari ni aku KAMARUL BAHRAIN BIN SHARIFUDIN dgn rela hati dan perasaan sedar yg teramat sgt dn dgn niat melafaskn aku ceraikan ko SALWATI BINTI ABD AZIZ dgn talak TIGA agar ko bleh hidup bebas". Adakah jatuh talak? dan saya hanya bole memfailkan hujung bulan ini kerana tidak ada duit yang cukup. Terima kasih. |
File Upload: | |
Visitor IP: 175.143.63.149
Salam Puan,
Secara jelas dalam email berkenaan dia melafazkan cerai talak tiga.. dan jika benar suami puan yang menulis email berkenaan, maka sahlah jatuh talak tiga ke atas puan.
Sila rujuk ke Pejabat agama bagi mendapatkan kesahan status perkahwinan dan urusan pendaftaran talak berkenaan.
Terima kasih
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.