Friday, September 27, 2013

Soalan: Lafaz cerai sah atau tidak

Nama*:Suhaida
Alamat Email:suhaida.samsudin@macquarie.com
Tajuk*:Lafaz cerai sah atau tidak
Message*:Assalamualaikum ustaz.

Saya ada kemusykilan. Jatuhkan talak sekiranya si suami berkata pd kawan-kawannya yg isterinya bukan isteri dia lg. Kiranya dia bcakap, 'Ana bukan isteri saya lg. Kami sudah bercerai'. Kemudian dia blk ke rumah dan bersama dengan isteri dia semula dan hidup sbg suami isteri.. dan diulang lg ayat2 yg sama bhw isterinya bukan lg isteri dia kpd kwn2 yg lain untuk berpuluh kalinya... sampai satu tahap, di bawa isteri sekali dan ditunjuk di depan saya sekeluarga sambil berkata ' dia dah xde apa2 dgn saya. dia hanya bekas isteri saya ' sambil tangan menuding ke arah isteri dia, jatuh atau tak talak itu ustaz?

Kiranya selama ini dia menipu keluarga saya, kwn2 dia dgn tujuan untuk mengelabui mata kami yg dia sudah bercerai dgn berkata begitu dan isterinya juga bersekongkol sekali.. ayat2 seperti ' saya x mampu nak halang sebab dia bukan bini saya lg ' byk kali diulang di bibir kawan saya ni namun kemudian dia pulang ke rumah hidup sebagai suami isteri... apa hukumnya ustaz? Mohon penjelasan.
File Upload:
Visitor IP: 203.210.79.192

Salam

Masya Allah... Jika ucapan seperti itu dengan niat untuk menceraikan isterinya, maka jatuhlah talak. Tetapi jika tidak ada niat utk talak, ia tidak jatuh talak kerana lafaz berkenaan tidak jelas (bukan soreh) utk menjatuhkan talak.

Dengan perulangan  yang banyak kali seperti itu, saya bimbang suami berkenaan mempunyai NIAT untuk menceraikan isterinya pada ketika lafaz seperti itu dibuat. Sudah banyak kali sebut, tentunya ada ketikanya terdetik niat BERCERAI.. itu boleh menjatuhkan talak.

Walau bagaimanapun, perkara ini hendaklah ditanyakan kepada suami berkenaan dan elok dibawa ke Pejabat Agama bagi membantu puan.

Terima kasih.


Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA