Tuesday, September 3, 2013

Soalan: Nafkah

Nama*:Seri
Alamat Email:
Tajuk*:Nafkah
Message*:Assalamualaikum ustaz. Saya ada soalan berkenaan pemberian nafkah. Sejak berkahwin hampir 6 tahun, suami tidak pernah memberikan saya nafkah zahir. Malah keadaan kewangannya yang tidak pernah mencukupi membuatkan dia bukan sahaja tidak memberi nafkah kepada saya dan anak, malah dia turut meminta wang dari saya. Memang tidak dinafikan gaji saya melebihi gaji suami tetapi saya kira sebagai seorang ketua keluarga sepatutnya dia berusaha mencari jalan bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut. Semua bil dan sewa rumah dia yang membayarnya dan katanya, ini juga dianggap sebagai nafkah. Bolehkah begitu ustaz, sedangkan selama ini saya tidak pernah ikhlas memberi wang saya kepadanya tetapi kerana kasihan saya terpaksa. Dan janjinya untuk membayar wang saya tidak pernah di lakukannya, sebaliknya semakin menambah hutang. Sila bantu, terima kasih.
File Upload:
Visitor IP: 219.95.169.186

Salam

Alhamdulillah dan terima kasih atas persoalan yang dikemukakan.

Sebuah rumah tangga adalah sebuah perkongsian yang unik antara suami, isteri dan anak-anak. Dalam mencari nafkah, suami bertanggungjawab sepenuhnya. Isteri boleh membantu seadanya. Namun jika suami menghadapi masalah dalam mencari nafkah, isteri boleh atas kerelaannya membantu suami.

Dalam kes puan, saya kira suami sewajibnya berusaha lebih gigih mencari ruang dan peluang baru bagi menambahkan pendapatannya. Puan pula seharusnya lebih rela dan bersabar atas kekuangan beliau mendapatkan kerjaya yang lebih baik. Kesediaan suami membayar sewa dan melunaskan bil adalah antara nafkah yang termampu suami puan laksanakan. Pada saya itu memadai dengan kadar pendapatannya yang ada... (jika benar begitu). Saya nasihatkan, puan bantulah suami untuk mencari peluang perniagaan atau kerjaya yang lebih baik. Bersyukurlah dengan kudrat suami pada ketika ini.(melainkan jika suami boros dan tidak mahu bekerja, itu perkara lain). Di luar sana ramai lg suami yang malas berkerja dan tidak pernah menyara keluarga.. Perhatikanlah dan mungkin dapat kita bandingkan sedikit kelebihan pada suami puan..

tk

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA