Saturday, September 7, 2013

Soalan: Jatuh Talak.

Nama*:Nor
Alamat Email:nsuziana@gmail.com
Tajuk*:Jatuh Talak.
Message*:Assalamualaikum Ustaz... Saya sekadar ingin mendapatkan kepastian dan khidmat nasihat daripada ustaz. Sy dan suami sering bergaduh. Sy sendiri telah 3 kali keluar rumah balik ke rumah mak ayah disebabkan pertengkaran ini. Pada masa kali ketiga sy keluar rumah, suami telah memujuk dan berjanji dengan sy dia tidak akan mengulangi kesilapan yg sama lg. Pd masa itu dia telah menyatakan sekiranya selepas ini sy keluar rumah lg kerana bergaduh dengan dia, maka talak 3 akan jatuh. Waktu itu mak dan adik sy turut dengar. Lebih kurg sebulan yg lalu sy telah keluar rumah kerana dia tetap tidak berubah malah sikapnya makin baran. Jadi sy ingin mendapatkan pendapat Ustaz, adakah talak 3 jatuh ke atas sy?

Terima kasih...
File Upload:
Visitor IP: 183.171.163.239

Salam Puan,

Setelah lafaz taklik disebut oleh suami, maka ia jadilah satu ketetapan yang perlu dipatuhi oleh suami dan isteri. Pada kes ini, puan telah keluar rumah dan melanggar taklik berkenaan dan ia telah menjatuhkan talak tiga seperti yang dilafazkan oleh suami. (Seandainya puan sendiri sayangkan keluarga ini, seharuskan puan tidak keluar rumah, malah lebih banyak bersabar.. Sayangnya ia telah terjadi..)

Sila rujuk ke Pejabat Agama bagi pengesahan selanjutnya.



Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA