Soalan: adakah talak jatuh
Nama*: | siti |
Alamat Email: | amiriah85@gmail.com |
Tajuk*: | Adakah talak jatuh |
Message*: | Salam..
Maaf tuan/puan..
Sy ingin bertanya. Saya ada kemusykilan.
Tiga minggu lepas, saya dan suami menghadapi masalah dan salah faham dan mengakibatkan pergaduhan..ttp dapat diselesaikan dgn tenang..selepas kami berbaik semula..sy ada bertanya kpd suami..adakah dia pernah terniat untuk berpisah atau bercerai dengan saya..suami mengatakan ada tp dalam hati n kata gangguan syaitan...selang beberapa minggu..perkara n masalah yg sama tiba2 diungkit dan dibahaskan sehingga sy menghantar sms kpd suami " habibi...nak umairah buat apa sehingga hubungan kita x de masalah mcm dulu..jgn sampai umairah x de perasaan sayang n cinta kat habibi..buat apa rumahtangga x de kasih sayang"..setelah itu suami sy membalas sms " kalau umairah x sayang, habibi boleh lepaskan umairah ok"...
Saya amat susah hati memikirkan perkara ini..adakah jatuh talak kpd sy?.boleh terangkan..terima kasih |
File Upload: | |
Visitor IP: 175.136.34.53
Salam
Suami mengakui ada lintasan dalam hati utk cerai dan ia bukanlah suatu yang dilafazkan. Maka ia tidak menjatuhkan talak.
'Habibi boleh lepaskan Umairah ok..' lafaz ini tidak membawa makna cerai yang elas.. So, tidak jatuh talak.
Tk
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.