Soalan: lafaz kinayah
Nama*: | nur |
Alamat Email: | nur93@yahoo.com.my |
Tajuk*: | lafaz kinayah |
Message*: | Assalammualaikum..ustaz
Saya ingin tanya tentang lafaz kinayah yg berkaitan dgn talak.
Saya dan suami bertengkar, suami marah-marah dan tinggi suara dan berkata " kalau dah tak nak jaga anak, keluar (berambus) dari rumah ni..aku tak nak tgk muka kau lagi...jgn berani jejak kaki kat rumah ini lagi.."..suami berkata secara berulang..
Kemudian, bila suami dah reda...saya dan suami pun berbaik semula. Suami kata " abg sayangkn awak"..jgn buat lg tau.
Kemudian saya pun tanya suami..
isteri : abang tadi ckp mcm tu sbb nak beri amaran pada saya atau abg DAH TAK NAK SAYA LAGI ?
suami : Bagi amaran. Abang sayang awak sangat-sangat lar
Soalan:
adakah situasi tersebut blh terjadi jatuhnya talak @ cerai.
Mohon penjelasan ustaz
tk. |
File Upload: | |
Visitor IP: 60.53.24.118
Salam,
Lafaz kinayah seperti ini memerlukan niat cerai daripada suami. Jika suami tiada berniat cerai walaupun dengan sebutan seperti itu, ia tidak menjatuhkan talak.
Ia bergantung kepada niat atau maksud suami..
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.