Nama*: | Ina |
Alamat Email: | niknanikmat@yahoo.com |
Tajuk*: | Pengesahan talak |
Message*: | Salam Ustaz, Saya mohon pandangan berkaitan status saya sebagai isteri apabila suami sering mengugut dengan perkataan cerai setiap kali pergaduhan berlaku. Sehingga kini telah 5 kali pergaduhan yang telah dilafazkan dengan cerai: 1. Sering kali yang diucapkan adalah "kita cerai je lah" dan pernah diulang dalam 1 pergaduhan sehingga 3 kali ucapan tersebut. Adakah talak 3 jatuh? 2. Pernah suami mengugut jika saya keluar dari rumah, akan jatuh talak. Walau bagaimanapun, saya akhirnya tidak keluar seorang diri tapi mengajaknya keluar bersama. Adakah talak itu tetap jatuh walaupun saya keluar bersamanya? 3. Yang terakhir sekali semasa kami bercuti, suami saya mengatakan "balik nanti, kita bercerai je lah". Adakah bila kami balik, talak itu jatuh? Pohon pandangan Ustaz. Terima kasih. Nikna |
File Upload: |
Salam Puan Ina,
1. Ugutan suami untuk cerai seperti lafaz; kita cerai je lah.. tidak jatuh cerai kerana ia lebih satu ugutan. Tetapi harus diingat, mempermainkan cerai amat tidak baik dan tidak dibolehkan dalam Islam. (Saya nak sebut perkataan cerai itupun takut.... )
2. Daripada kefahaman saya, tidak benar keluar rumah itu atas kebenaran suami. Jika puan keluar tanpa kebenaran suami, akan jatuhlah talak. Tetapi jika keluar dengan kebenarannya, saya berpendapat ia tidak jatuh talak.
3. Belum jatuh talak.. kerana lafaznya cerai tidak disebut selepas balik dari bercuti...
wallahuaklam
Visitor IP: 203.217.176.4
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.