Tuesday, December 4, 2012

Soalan: Hak isteri ketika dihalau keluar rumah

Nama*:Isteri terluka
Alamat Email:
Tajuk*:Hak isteri ketika dihalau keluar rumah
Message*:Assalam...apakah isteri berhak membawa barang-barang miliknya seperti pakaian,barang kemas dan wang simpanan miliknya apabila si isteri dihalau keluar oleh suaminya? Sedangkan si suami tak mengizinkan si isteri membawanya. si suami mahu sedekahkan pakaian si isteri.minta ustaz jelaskan.terima kasih.
File Upload:

Salam Puan,

Apabila terjadinya perceraian, dalam undang-undang kita dimaktubkan hak sepencarian iaitu harta hasil dari pencarian hidup bersama. Harta ini perlulah diagihkan mengikut kadar tertentu; ada bahagian isteri dan ada pula bahagian suami; ada hak isteri dan ada pula hak suami.

Suami tidak boleh menafikan hak isteri sama sekali. Jika barang kemas mahupun pakaian itu dibeli hasil usaha sepenuhnya (pendapatan) isteri, maka ia menjadi hak isteri berkenaan dan sepatutnya suami tidak boleh menghalang si isteri mengambil dan menuntut haknya. Tetapi jika barangan itu dihadiahkan atau dibeli bersama-sama oleh suami, tentunya ada pertimbangan lain yang dirangkumkan dalam harta sepencarian.

Soal sedekah, yang terbaik sedekah ialah kepada 'zawil qurba' iaitu mereka yang terhampir dengan suami (orang yang diamanahkan). Oleh itu, suami sewajibnya memberi sedekah/nafkah wajib kepada isterinya terlebih dahulu sebelum menyedekahkan kepada orang lain.

Wallalahuaklam, terima kasih.


Visitor IP: 183.171.162.6

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA