Friday, December 21, 2012

Soalan: pelanggaran taklik

Nama*:amin
Alamat Email:skcddaro@yahoo.com
Tajuk*:pelanggaran taklik
Message*:salam ustaz.. saya nak tanya tentang taklik..Isteri saya ada meminta saya melafazkan taklik berikut:

1) kalau abang main Facebook jatuh talak satu
2) kalau abang ada berhubung lagi dengan adik angkat, jatuh talak satu
3) kalau abang tak setia dengan ayg,jath talak satu...

Soalan 1- untuk pengetahuan ustaz, saya ada main FB dan adakah jatuh talak itu

Soalan 2- selepas sebulan, saya ada berhubung pula dengan adik angkat saya.. adakah talak taklik kedua ini juga jatuh jika lafaz taklik yang pertama sudah jatuh talak?
Di harapkan ustaz dapat membantu masalah ini.. terima kasih
File Upload:

Salam sdr Amin,

Adakah lafaz taklik itu dibuat atas kehendak sendiri atau sekadar mengambil hati isteri (tanpa kemahuan sendiri)... Jika atas kehendak sendiri maka jatuhlah talak jika melakukan perkara yang dijelaskan. Tetapi jika bukan atas kemahuan sendiri, tidaklah jatuh talak atas pelanggaran taklik berkenaan.



Visitor IP: 113.211.130.10

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA