Saturday, December 15, 2012

Soalan: munakahat

Nama*:ina
Alamat Email:ina@yahoo.com
Tajuk*:munakahat
Message*:salam ustaz..saya ingin bertanya beberapa soalan ttg jatuhnya talaq
1.semasa bergaduh isteri berkata kpd suami" klu awak dah x suka saya, hantarlah saya kerumah mak ayah saya, lalu suami menjawab jomlah saya hantar..stlh bertanya pd suami, dia mengatakan x bermaksud ceraipun saja nk jwp percakapan isteri. Adakah jatuh talaqnya itu..
2.semasa bergaduh suami bertanya nk cerai ke. Isteripun jwp klu nk cerai jgn main sedap mulut je, jgn ckp apa2 pergi mahkamah ambil borang biar hakim yg menjatuhkannya. Dlm masa yg sama suami, suami pergi ambil borang bawak balik tetapi sampai tahap tu je sbb isteri kata x nk, kmd borang itu terbiar begitu sahaja x dihantar semula.macamana dgn situasi ini ustaz..harap dpt beri penjelasan
File Upload:

Salam Puan Ina,

1. Suami tidak menghantar puan ke rumah emak ayah, bermaksud tidaklah jatuh talaknya seperti yang terkandung dalam lafaz taklik.

2. Alhamdulillah, tidak jatuh talak kerana tiada lafaz dan tindakan yang dibuat menunjukkan cerai.

Terima kasih.

Visitor IP: 183.171.164.154

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA