Friday, December 14, 2012

Soalan: adakah jatuh talak?

Nama*:Muhamad Ruiz Bin Ahmed
Alamat Email:ruizcr14@gmail.com
Tajuk*:adakah jatuh talak?
Message*:assalamualaikum ustaz.. disini saya ada beberapa perkara yang menjadi kekusutan saya selama ini.
1). apakah hukum jika suami berkata kepada isteri "bukan bini aku macam ni" (merujuk kepada perangai isteri) bukan niat hendak menceraikan. Kerana selepas itu suami berkata "aku nak bini yang dulu". dengan niat isteri berubah perangai. apakah hukumnya?

2)apakah hukumnya ketika hendak bersetubuh. isteri membelai suami dan suami dgn nada bergurau berkata "ish tak boleh haram" tanpa niat apa-apa kecuali ingin bermesra dengan isteri. Dan apakah hukum jika ketika hendak bersetubuh dgn isteri suami berkata " sayang, jom buat maksiat" apakah hukumnya kerana ketika itu suami hanya ingin bersama dgn isteri tanpa niat apa-apa?

3). apakah hukum ketika bermesra dgn isteri. suami menghisap buah dada isteri sambil memanggil mama dan berlagak seperti anak kecil lapar susu. adakah ianya dikira zihar?

Tolong bantu saya ustaz.
File Upload:

Salam sdr Ruiz,

1. Ia tidak jatuh talak kerana tiada niat untuk bercerai dalam kes ini...

2. Tiada niat cerai dalm kes ini... tidaklah jatuh talaknya. Tetapi ungkapan seperti ini tidak patut diucapkan kerana perkara yang halal perlu dihalalkan, perkara yang haram perlu diharamkan..

3. Ia sekadar gurauan dan bukannya 'mama' itu emak kandung suami tetapi sebagai mama yang umum.. tidaklah dikira dzihar...

wallahuaklam

Visitor IP: 113.210.226.211

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA