Sunday, July 29, 2012

Soalan: Rujuk

Nama*:Diyana
Alamat Email:idz6226@yahoo.com
Tajuk*:Rujuk
Message*:Assalamualaikum ustaz.

Saya & bekas suami telah bercerai pada 8-5-12 yang lalu.
Dalam tempoh eddah, bekas suami pernah bertanyakan saya samada mahu rujuk semula atau tidak. Pada ketika diajukan soalan tersebut, saya bersetuju tetapi mempunyai perasaan was-was. Kami kemudiannya telah bersama. Setelah itu, saya mula menimbang semula keputusan saya samada untuk rujuk atau tidak. Dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk tidak rujuk semula.

Apakah status kami sekarang? Adakah setelah bersama secara automatik kami telah rujuk semula? Kami belum pergi ke pejabat agama berkaitan hal rujuk kami
File Upload:

Salam Puan Diyana,

Hak dan kuasa untuk merujuk terletak pada tangan suami dan tidak memerlukan persetujuan isteri. Dalam kes ini, suami puan telahpun merujuk dan puan telahpun memberi persetujuan walaupun ada was-was (keraguan). Ini bermakna puan telahpun dirujuk dan sah rujuk suami puan itu.

Urusan ke pejabat agama adalah urusan pendaftaran dan pengesahan ikatan suami isteri. Puan perlu daftarkan rujuk yang telah dibuat.

Wallahuaklam







Visitor IP: 118.101.200.26

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA