Monday, July 23, 2012

Soalan: isu mengenai cerai

Nama*:mohamad
Alamat Email:blitz17_zee@yahoo.com
Tajuk*:isu mengenai cerai
Message*:assalamualaikum ustaz,
saya ada sedikit pertanyaan berkenaan isu cerai. saya telah bertengkar dgn isteri saya melalui sms. didlm pertengkaran saya ada menghantar beberapa sms yang berbunyi
1. ' kalau kau antar sms tu kat dia mmg cerai betul' - isteri saya tak hantar sms so ini saya rasa mmg tak jatuh talak
2. ' kalau tak puas hati cerai je' - saya takde niat nak jatuhkan cerai tetapi saya niat bagi kuasa nak cerai kepada isteri saya. tiada jawapan daripada isteri
3. ' kalau dah takleh tahan sgt cerai je' - lg skali saya takde niat nak jatuhkan cerai tapi saya niat bagi kuasa nak cerai kepada isteri

diharap ustaz dpt menjawab persoalan saya secepat mungkin.
jazakallah
File Upload:

Salam Ramadan En Muhamad,

Perkara cerai dan talak tidak boleh dipermudahkan. Tidak boleh dimain-maian untuk dijadikan ugutan kepada isteri. Kuasa cerai atas suami, bukannya pada isteri. (Isteri hanya boleh tebus talak - khuluk bagi memisahkan perkahwinan).

Dalam kes ini, saya faham bahawa Encik tidak menjatuhkan talak, sebaliknya mengugut untuk menjatuhkan talak. Oleh itu, pada fahaman saya, ia tidaklah terjatuh talak.

Walau bagaimanapun, diharapkan perkara ini tidak dipermain-mainka lagi pada masa akan datang.

Wallahuaklam.


Visitor IP: 175.142.250.125

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA