Saturday, July 28, 2012

Soalan: lafaz taqlik

Nama*:nur
Alamat Email:shahrilsafinaz@yahoo.com.my
Tajuk*:lafaz taqlik
Message*:Telah menjadi syarat kepada setiap pasangan apabila selesai majlis akad
nikah, pengantin lelaki diminta melafaz taliq. Apakah hukum jika isteri
dengan sengaja bertanya kepada suami apakah lafaz taliq yang dilafazkan
selepas akad nikah..dan kemudian suami memberitahu tetapi secara alar
kadar je.Adakah ia pun dikira lafaz taliq walaupun suami hanya memberitahu
sekadar alar kadar seperti ingat-ingat lupa. Ini keran suami hanya
memberitahu bukan melafaz. Adakah ia dikira lafaz taliq juga?
File Upload:

Salam Puan Nur,

Lafaz taklik yang diucapkan oleh suami pada majlis akad nikah bertujuan untuk menjaga kepentingan isteri. Kebiasaannya kandungan lafaz taklik yang disebut ialah untuk memastikan suami memberi nafkah zahir batin dalam tempoh 4 bulan berturut-turut, tetapi jika selepas itu dia tidak berbuat demikian, puan boleh membawa kes ini ke mahkamah (Qadi) dengan membayar RM1, maka jatuhlah talak dengan satu talak.

Lafaz ini jika telah dibacakan oleh suami dan disahkan pula dengan tandatangan suami, maka ia adalah sah walaupun suami kurang faham (kurang mengerti) akan apa yang diucapkan. Maklumlah tidak semua lelaki faham hukum hakam agama dan hukum nikah kahwin seperti ini.

Di sini tidak timbul soalan suami beritahu ala kadar atau ingat-ingat lupa, kerana lafaz taklik ada tertulis dalam surat nikah. Puan boleh merujuk kepada surah nikah yang dikeluarkan oleh pejabat agama.

Terima kasih.

Visitor IP: 60.53.19.65

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA